Siapakah yang paling luar biasa imannya

Salam Jumaat yang indah...

Apakah kita pernah merasakan rindu itu?

Pada suatu ketika, Rasulullah ﷺ bertanya kepada para sahabat,

“Siapakah yang paling luar biasa imannya?”

Para sahabat menjawab, “Malaikat Ya Rasulullah.”

Balas Rasulullah ﷺ, “Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah.”

Seketika terdiam para sahabat, menjawab lagi, “Para Nabi Ya Rasulullah.”

Rasulullah ﷺ berkata, “Para Nabi sudah tentu hebat imannya kerana mereka menerima wahyu daripada Allah.”

Para sahabat mencuba lagi, “Kalau begitu kamilah yang paling beriman.”

Jawab Rasulullah ﷺ,  “Aku berada di tengah tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman.”

Lalu, salah seorang sahabat berkata, “Kalau begitu, Allah dan RasulNya sajalah yang mengetahui.”

Maka dengan nada perlahan, Rasulullah ﷺ berkata, “Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca Al
Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku.”

Rasulullah ﷺ diam seketika. Kemudian, Baginda ﷺ menyambung dengan suara yang lirih, “Sesungguhnya, aku rindukan
mereka…"

ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ َﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَ ﻋَﻠَﻰ ﺁِﻝ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ