السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Isnin
18 Safar 1437
30 November 2015
TIDAK BERLEBIHAN DALAM GELAK KETAWA
عن عائشة رضي الله عنها قالت: مَا رَأيْتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم مُسْتَجْمِعًا قَطُّ ضَاحِكًا حَتَّى تُرَى مِنهُ لَهَوَاتُهُ إنَّمَا كَانَ يَتَبَسَّمُ. متفقٌ عَلَيْهِ.
TERJEMAHAN
Dari 'Aisyah رضي الله عنها melaporkan: saya tidak pernah melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم berlebihan dalam ketawa hingga menampakkan anak tekak. Sesungguhnya baginda hanya senyum (jika ada sesuatu yang menggelikan hati baginda). (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)
PENGAJARAN
1. Senyum dan ketawa adalah tanda kegembiraan hati yang merupakan lumrah dalam kehidupan manusia,
2. Namun dalam bergelak ketawa janganlah terlalu berlebihan (terbahak-bahak) kerana ianya boleh menghilangkan ketenangan di dalam hati dan menjejaskan maruah diri.
EmoticonEmoticon