Coretan Kuliah Ustaz Ahmad Dusuki @Radio IKIM pagi tadi (26/01)
📝 Jangan sekali kali tinggalkan Al-Quran... ni cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.
📝 Rumah yang dibacakan Al-Quran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.
📝 Jika mati orang yang suka baca Al-Quran ni, cahaya dari rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat-malaikat akan tahu, ooo, mati sudah si pembaca Al-Quran ini, mari kita solatkan rohnya.
Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dengan mayat.
📝 Al-Quran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.
📝 Jangan tinggalkan Al-Quran...
📝 Jangan tinggalkan Al-Quran...
📝 Azab kubur bermula the moment mayat tidak dapat menjawab soalan-soalan malaikat.
Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.
Penting 7 hari ini kita mendapat doa daripada anak-anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur...Masa mayat itu duduk, kita akan sedar... oh aku sudah meninggal dunia.
Pesanan akhir Ustaz, sebelum mati... tolong pastikan sekurang-kurangnya ada Al-Mulk dalam dada kita. Insya-Allah. Ameen.
Celakalah orang yang tidak dapat menjawab soalan mengenai Rasullullah SAW.
Dalam kubur Al-Quran akan berkata kepada mayat, aku ini Al-Quran yang dulu kamu baca dengan suara yang lantang & mendayu.
Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.
Lepas itu baru Al-Quran akan melepaskan mayat kepada 2 malaikat yang akan menyoal.
Jangan lupa selawat, cintailah Nabi SAW sepenuh jiwa.
Wallahu'alam.
EmoticonEmoticon