السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.
( Aceh Darussalam, Jumaat 13 Mac 2015).
7 TANDA KEBERKATAN REZEKI DALAM KEHIDUPAN.
Allah SWT memerintahkan manusia dalam menjalani kehidupan untuk bekerja bagi menyara hidup. Selagi kita berkemampuan untuk mencari rezeki, kita mesti meneruskannya kerana ini merupakan perintah Allah SWT kepada kita. Firman Allah SWT dalam al-Qur'an Surah Al-Jumuah, ayat 10:
فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِن فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Ertinya:
"Apabila Telah ditunaikan solat, Maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung."
Dalam satu riwayat hadis, Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa berkerja untuk anak isterinya melalui jalan yang baik lagi halal, maka bagi mereka akan mendapatkan pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah". (HR Al- Baihaqi).
Maka jelaslah bahawa berkerja ini adalah di tuntut dalam ISLAM dan ia adalah kerperluan di dalam hidup kita di atas muka Bumi ini. Allah SWT tidak pernah menegah hambanya untuk berkerja dan mencari rezeki seperti dalam firman-Nya yang telah dinyatakan diatas.
Bukankah tujuan Allah SWT jadikan kita di atas muka bumi ini untuk beribadah dan Allah SWT menjadikan bumi ini mudah untuk mencari rezeki, kerana ianya merupakan satu cabang ibadah kepada Allah SWT terutamanya bagi lelaki. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Mulk, ayat 15:
هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ ذَلُولًا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِن رِّزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Ertinya:
"Dia lah yang menjadikan bumi ini mudah digunakan bagimu, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)".
Namun begitu, keberkatan dalam rezeki merupakan perkara penting yang perlu kita titik beratkan supaya hidup kita selamat dan bahagia pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk memperoleh rezeki. Umpamanya dengan mengambil upah, bekerja sendiri ataupun makan gaji.
Rezeki yang kita usahakan adalah untuk diberi kepada anak istri dan juga ibu bapa serta keluarga kita. Sekiranya rezeki yang kita bawa balik bukan dari sumber yang halal akan mendatangkan kesan buruk kepada kita dan ahli keluarga yang kita berikan.
Oleh karena itu kita perlu tegas kepada diri kita dalam mencari rezeki. Biarpun hasil pendapatan kita tidak seberapa, namun yang penting keberkatan rizqi itu tetap ada.
Perlu juga diingat bahawa rezeki bukan sekadar kekayaan atau wang ringgit semata-mata tetapi juga ia boleh juga berupa ilmu, ketenangan jiwa, anak yang soleh dan keluarga yang bahagia.
Pada TAZKIRAH hari ini USM ingin menjelaskan sedikit tentang tanda-tanda rizqi yang berkat yang dapat kita lihat dengan mata kepala dalam kehidupan kita sehari-hari. Adapun sebahagian tanda keberkatan rizqi tersebut adalah:
1.Iman Yang Mantap Dan Hati Yang Semakin Dekat Dengan Allah SWT.
Apabila rezeki yang kita perolehi memiliki keberkatan, Iman kita makin mantap dan hati kita lebih mudah dekat dengan Allah SWT. Kita mudah untuk melakukan amalan wajib dan sunat dan tidak bermalas-malasan dalam urusan ibadah.
2. Hati Semakin Rasa Tenang.
Dengan Rezeki yang berkat, akan meraih pandangan Allah SWT dengan diberinya ketenangan hati dan jiwa kita. Hanya Allah SWT yang berhak memberi ketenangan hati kepada kita.
3. Menjadi Insan Yang Pemurah.
Amalan memberi sedekah dan zakat juga mudah untuk kita lakukan tanpa ada rasa sayang kepada harta yang kita ada. Ini kerana kita sedar bahawa rezeki yang kita miliki datangnya daripada Allah SWT.
4. Akan Dijauhkan Daripada Bala Allah SWT.
Rezeki yang berkat akan mampu menjauhkan bala bencana, kerana Allah SWT sentiasa melindungi orang yang gemar mencari keberkatan dalam rezeki yang dimilikinya.
5. Dapat Membentuk Keluarga Yang Harmoni.
Tanda keberkatan rizqi yang seterusnya adalah keharmonian dalam keluarga. Cuba kita perhatikan sesetengah keluarga yang mungkin hidup serba kekurangan dari segi wang ringgit, namun mereka tetap aman damai dan hidup bahagia.
6. Menjadikan Anak-Anak Yang cemerlang Di Dunia Dan Akhirat.
Duit yang banyak tidak menjamin kecemerlangan anak-anak di masa hadapan. Namun, rizqi yang berkat yang kita cari mampu menghasilkan anak-anak yang taat kepada Allah SWT dwn Rasulullah SAW dan menjadi anak yang cemerlang dalam meniti hidup di dunia dan akhirat.
7. Sentiasa Merasa Cukup Dan Bersyukur Dengan Segala Bentuk Pemberian Allah SWT.
Setiap yang kita perolehi datangnya daripada Allah SWT. Dalam mencari rezeki yang berkat kita perlu sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan segala bentuk pemberian Allah SWT tersebut.
Ya Allah berikankah kepada kami rezeki yang berkat lagi halal, yang dengannya kami akan rasa cukup dan bersyukur. Mudah-Mudahan hidup kami sentiasa berada dalam keberkatan-Mu. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).
Catatan:
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
Sila KONGSIKAN Dengan Sesama SAUDARA KITA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!
Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
http://www.facebook.com:
USM - Sihabuddin Muhaemin.
TERIMA KASIH.
(Aceh Darussalam, Jumaat 22 Jamadil awal 1436 H).
EmoticonEmoticon