10 CARA MENGHALANG GODAAN SYAITAN.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.   
(Aceh Darussalam, Khamis 12 Mac  2015).

10 CARA MENGHALANG GODAAN SYAITAN. 

Dalam kehidupan kita sehari-hari, seringkali di landa rasa kurang yakin diri, was-was dan syak wasangka dalam setiap urusan hidup seharian. Lalai dan leka dalam mentaati suruhan dan perintah Allah SWT. Saat itu ,hati anak Adam mulai keras seolah-olah "seperti batu" tidak bernyawa, tidak bersinar padam dalam kegelepan.Itulah tanda-tanda tewasnya jiwa di saat tumpas dalam mujahadah melawan nafsu. Sedari itu, terbukalah pintu-pintu masuk segala kejahatan kedalam jiwa suci anak Adam tersebut.

Benteng pertahanan mulai goyah kekuatan mulai lemah,  segala yang baik ditolak tepi syaitan jua kembali menjadi teman rapatnya yang bertujuan memesongkan anak Adam dari jalan Allah SWT,  sebagai mana firman Allah SWT dalam Surah al-Mujadilah Ayat 19 :

 استَحۡوَذَ عَلَيۡهِمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ فَأَنسَٮٰهُمۡ ذِكۡرَ ٱللَّهِۚ

Ertinya:
“Syaitan telah menguasai lalu menjadikan mereka lupa kepada Allah SWT “.    
                                                    
Namun, bagi membantu manusia menghadapi hasutan syaitan dan serangan iblis dan yang seangkatan, Islam telah menunjukkan berbagai cara dan wasilah yang dapat membantu menewasakan godaan serta mengalahkan syaitan laknatullah. Syaitan masuk ke dalam diri manusia melalui 10  pintu :

1. Tamak dan Buruk Sangka. 

Ketika kami ditimpa tamak dan buruk sangka, maka kami menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada.

3. Cinta Kehidupan Dunia Dan Angan-angan Yang Tinggi. 

Ketika kami jatuh ke dalam lembah cinta dunia dan Angan-angan,  Lalu kami menghadapinya dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.

3. Cintakan Keselesaan Dan Kemewahan.

Ketika kami terjatuh kepada keselesaan hidup dan kemewahan,  Lantas kami menghadapinya dengan keyakinan bahawa kenikmatan itu akan hilang dan balasan buruk pasti menanti.

4. Kagum terhadap diri sendiri ('Ujub).

Ketika kami merasa kagum pada diri sendiri,  lalu kami menghadapinya dengan rasa terhutang budi kepada Allah SWT dan  implikasi yang buruk daripada sifat ‘ujub.

5. Memandang Rendah Dan Tidak Menghormati Orang Lain (Takabbur). 

Ketika kami memandang rendah orang lain,  lalu kami menghadapinya dengan mengenali hak-hak mereka serta menghormati mereka dengan sewajarnya.

6. Hasad Dengki.

Ketika kami dihinggapi penyakit hasad dengki, lalu kami menghadapinya dengan sifat berpada dengan apa yang ada (qana’ah) dan redha dengan segala karuniaan Allah SWT kepada makhluknya .

7. Riya’ Dan suka Dengan Pujian Orang Lain.

Ketika kami dihinggapi penyakit riya' lalu,  kami menghadapinya dengan ikhlas.Segala pujian hanyalah milik Allah SWT.Jangan kerana pujian kita hilang segala keikhlasan,  berwaspadalah dengan hakikat sebuah “pujian”.

8. Bakhil Dan Kedekut.

Ketika datangnya penyakit bakhil dan  kedekut,  Lalu kami menghadapinya dengan menyedari bahawa apa yang ada pada makhluk akan binasa manakala yang kekal itu berada disisi Allah SWT.

9. Takabbur (membesarkan diri /megah) , 

Ketika bersarang di hati kami perasaan sombong dan takabbur, Lalu kami menghadapinya dengan rasa tawaduk (rendah diri).

10. Tamak Haloba.

Ketika berlalu di hati kami perasaan tamak dan haloba,  Lalu kami menghadapinya dengan mempercayai adanya pahala yang disediakan disisi SWT dan tidak tamak terhadap apa yang ada disisi manusia.

Adapun cara lain bagi menghadapi godaan syaitan dan menjadikannya pertahanan dari godaan tersebut  ialah :

1). Sentiasa mengingati Allah SWT apabila memulakan setiap pekerjaan , istiqomahkan zikrullah dan bacaan al-Qur'an, sentiasa memohon magfirah (keampunan) dari-NYA, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya syaitan itu melatakkan belalainya ke atas hati anak adam , maka jika ia mengingati Allah SWT ia pun lari daripadanya ,jika sekiranya ia lupakan Allah SWT syaitan akan membolak balikkan hatinya " (HR. Ibnu Abi Dunya)

2). Janganlah terlalu kenyang apabila makan meskipun menikmati makanan yang baik dan halal.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-A’raf Ayat 31:

وَڪُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ وَلَا تُسۡرِفُوٓاْ

Maksudnya : “ Makanlah dan minumlah ,tetapi jangan kamu berlebihan".
                                                                          
3). Tidak tergopoh gapah dalam sebarang pekerjaan kerana mengingati pesanan Rasulallah SAW :

“Tergopoh gapah (terburu-buru) itu adalah dari syaitan dan berhati –hati itu dari ALLAH “ . (HR. Al-Baihaqi  dan At-Tarmizi).

Ini hanyalah antara sebahagian jalan untuk kita mengatasi godaan hawa nafsu dan bisikan syaitan. 

Sama-samalah kita merenung firman Allah SWT dalam Surah Al-A’raaf ayat 201:

إِنَّ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَوۡاْ إِذَا مَسَّہُمۡ طَـٰٓٮِٕفٌ۬ مِّنَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ تَذَڪَّرُواْ فَإِذَا هُم مُّبۡصِرُونَ.

Ertinya:
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)". 

Antara  amalan-amalan doa yang disarankan , Mudah-mudahan dapat membantu kita dijuahkan dari  godaan syaitan mahupun talbis iblis (perangkap syaitan ) :

1).  Doa Dijuahkan hati dari penyakit hasad dengki.

رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لَنَا وَلِإِخۡوَٲنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلۡإِيمَـٰنِ وَلَا تَجۡعَلۡ فِى قُلُوبِنَا غِلاًّ۬ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌ۬ رَّحِيم.ٌ

Ertinya : 
"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.

2) Doa memohon agar istiqamah dalam iman.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيمَانًا لَا يَرْتَدُّ وَنَعِيمًا لَا يَنْفَدُ وَمُرَافَقَةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَعْلَى جَنَّةِ الْخُلْدِ.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keimanan yang tidak berbolak balik, kenikmatan yang tidak putus-putus dan perdampingan dengan Nabi SAW di syurga tertinggi yang kekal.”
(HR. Ibnu Hibban).

3). Memperbanyakkan membaca Surah an-Naas :

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ (١) مَلِكِ ٱلنَّاسِ (٢) إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ (٣) مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ (٤) ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ (٥) مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ (٦)

Ertinya:
Maksudnya : Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
(1). Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.  
(2). Yang Menguasai sekalian manusia. 
(3). Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. (4).  Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul dan tenggelam.  
(5).  Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. 
(6). (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. )

Sama-samalah kita berusaha untuk bermujahadah nafs melawan segala bentuk godaan syaitan, dan semoga setiap amalan kita diterima disisi Allah SWT serta melakukan setiap amalan dengan ikhlas kerana Allah SWT dan lebih khusyuk dalqm melakukannya. 

Ya Allah jauhkan kami dari godaan syaitan yang terkutuk dan berilah kami kekuatan untuk dapat melawan nafsu syaitan yag ada dalqm diri kami. Mudah-mudahan kami dapat menyelamatkan diri kami dan keluarga kami serta  umat Islam dari godaan syaitan tersebut.  Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam. 
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat. 
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN. 
Sila KONGSIKAN Dengan Sesama SAUDARA  KITA. 
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan. 
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988). 
Atau layari laman facebook:
http://www.facebook.com:
USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH.  
(Aceh Darussalam,  Khamis 21  Jamadil awal 1436 H).
[ TAZKIRAH HARI INI ]

Ada orang bangga dengan suaminya...
akhirnya suaminya itu CURANG padanya.

Ada orang bangga dengan anaknya...
akhirnya Allah ambil nyawa anaknya. Tinggal semua di dunia.

Ada orang bangga dengan hartanya...
akhirnya DISAMUN, DIRAGUT, DIROMPAK.

Ada orang bangga dengan jawatannya...
akhirnya dia diberhentikan kerja. Jadi penganggur.

Ada orang bangga dengan kecantikkannya...
akhirnya kena STROK. Habis herot. Hilang kecantikkannya.

Ada orang bangga dengan ketampanannya...
akhirnya dia mengalami kemalangan. Pecah mukanya. Putus kakinya. CACAT semua.

Ada orang bangga dengan pimpinannya...
akhirnya dia angkuh dan gila kuasa. Tak sedar BERPECAH-BELAH.

Ada orang bangga dengan ilmunya...
akhirnya dia menjadi JAHIL kerana tidak mengamalkan ilmunya itu.

Siapa kita untuk berbangga dengan apa yang kita ada di atas dunia? Semua itu Allah bagi pinjam sementara. Tak perlu nak bangga dengan apa yang kita ada. Sedangkan pengakhirannya kita tak tahu akan jadi apa..                                       
Manusia hari ini suka sangka-sangka

Ada sangka baik..

Ada sangka buruk..

😇Orang beribadah disangka riak

🚶Orang rileks disangka malas

👔Orang berpakaian baru disangka menunjuk

👕Orang berpakaian buruk disangka hina

🍴Orang makan banyak disangka pelahap

💃Orang makan sedikit disangka diet

😊Orang yang senyum disangka mengejek

😒Orang yang masam disangka merajuk

💬Orang berbincang disangka mengumpat

😶Orang yang diam disangka menyendiri

💁Orang yang menawan disangka menggoda

👯Orang yang ceria disangka mengada

😯Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya...

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa

Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat

Mana tahu yang diam itu kerana beribadah

Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya

Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya

Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya

Justeru….

Sesuatu perkara yang kita lihat..

Jangan suka sangka-sangka

Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa

Kerap sangka-sangka mengundang celaka

Jangan terlalu bersangka-sangka

Jauhi sikap bersangka-sangka

"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
"Wahai orang2 yang beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."
(AlHujurat:12)
mari kita belajar ABC...Z

A llah
B eri kita hidup
C uma seketika
D i dunia ini...
E lok kita muhasabah
F ikir akan akhir hayat
G erbang akhirat pun
H ampir tiba
I nilah hakikat hidup
J anji Allah itu pasti
K alimah syahadah
L ailaha Illallah
MuhammadurRasulullah
N ak di ucap tak pasti
O rang muda atau tua
P asti merasai mati
Q ualiti Iman jaminan syurga
R asulullah s.a.w sabda :
S iapa ucap jaminannya syurga
T api..jika gagal...
U ntuk mereka adalah neraka
V isi kita adalah akhirat
W alaupun dunia dpn kita
Y ang pasti semua akan tinggal...
Z alimnya kita jika tak ada Iman dn Amal...

PLZ jgn simpan utk diri sndiri tp share  kan kpd other 😊