7 CARA MEMERANGI WAS-WAS AQIDAH.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.   
(Shah Alam, Ahad 5 April 2015).
 
7 CARA MEMERANGI WAS-WAS AQIDAH.

Dalam Islam Was-was terbahagi kepada dua bahagian: 
1. was dalam ibadah.
2. was was dalam aqidah. 

Was-was dalam ibadah misalnya tentang wudhu adakah sempurna atau tidak,  Was-was tentang sholat misalnya tentang rakaat sholat. Dua rakaat atau tiga rakaat dan banyak lagi contoh Was-was dalam ibadah.

Pada tazkirah hari ini,  USM ingin membincangkan tentang
was-was dalam aqidah. Perkara ini bukanlah masalah yang baru timbul. Ia sudah timbul sejak zaman Rasulullah SAW lagi. 

Di dalam hadis sahih dari Abu Hurairah r.a berkata: sekumpulan manusia dikalangan sahabat Nabi datang berjumpa Nabi s.a.w, lalu mereka bertanya:

“Sesungguhnya kami telah mendapati dalam hati kami terdapat lintasan-lintasan hati yang kami anggap ia suatu kesalahan besar jika diucapkan dengan lidah.” Nabi s.a.w bertanya “Kamu diserang oleh lintasan2 itu?
” Mereka menjawab ” Ya, maka Rasulullah SAW  Maksudnya: “Itulah petanda iman yang jelas”.was was dalam akidah petanda iman di hati. Itulah apa yang nak diberitahu oleh Nabi SAW dalam hadis di atas. Terdapat hadis sahih yg lain yg menunjukkan was was dalam akidah adalah petanda Iman di hati.

Diriwayatkan dari Abdullah ibnu Masud r.a beliau berkata: “Nabi s.a.w ditanya berkait dgn timbulnya was was berkaitan dengan ketuhanan. Nabi SAW menjawab:
تلك محض الإيمان
Maksudnya:Itulah semata-mata disebabkan iman. (HR. Muslim)

Jenis was-was syaitan dalam akidah ada dua perkara:

pertama: Was-was Yang datang secara mendadak dan tidak tetap. 

Cara untuk menghadapinya adalah dengan berpaling dari was-was ini. Segala yg terlintas tidak dikira sebagai kesalahan selagi tidak ada keazaman dan diluahkan dgn perkataan.

Rasulullah SAW bersabda:

إن الله تجاوز لأمتي عما وسوست به أنفسها ما لم تعمل به أو تكلم.

Maksudnya: 
“Sesungguhnya Allah SWT mengampunkan bagi ummatku apa yang diwas-waskan dalam hati manusia selagi mana dia tidak melakukan dan mengatakan apa yang diwas-waskan tersebut.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Kedua: Was-was Yang tetap dalam hati. 

Perkara ini sentiasa bersarang dalam hati. Perkara ini tidak boleh dihilangkan melainkan dengan mempelajari ilmu tauhid dan mengetahui dalil kewujudan Allah SWT baik secara nas ataupun secara akal.

Adapun cara mengubati penyakit was was dalam akidah diantaranya adalah:

1. Hendaklah orang yang ditimpa was-was dalam akidah ini sedar bahwa was was yang menyerangnya dengan tanpa kehendaknya adalah tidak memberi kesan kepada kebaikan dan ketakwaannya. Bahkan ia menunjukkan kepada kebenaran imannya. kesedaran terhadap perkara ini adalah penting supaya dia tidak mempedulikan was-was tersebut.

2. Hendaklah dia merasa gembira bila syaitan cuba menimbulkan was-was dalam hatinya. 
As-Sayyid Ahmad bin Abi al-Hawari , seorang ulama sufi telah berkata: “Aku mengadu kepada Abu Sulaiman ad-Darani berkenaan dgn was-was.” Maka dia berkata:
“Apabila engkau hendak memutuskan was-was darimu, pada bila-bila masa kamu merasainya hendaklah kamu gembira. Sesungguhnya apabila kamu gembira dgn datangnya was was itu maka ia akan terputus dari kamu kerana tidak ada perkara yg lebih syaitan benci, daripada kegembiraan orang beriman. Bila kau resah maka akan bertambah was was.”

3. Berta’awwudz (memohon perlindungan) dengan Allah SWT dari syaitan yg direjam.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Araf, ayat 200:

وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Ertinya:
Maksudnya: “Dan apabila engkau ditimpa was was dari syaitan hendaklah engkau minta lindung dengan Allah SWT. sesungguhnya Dia maha mendengar lagi maha maha mengetahui.” 

Rasulullah SAW bersabda:

يأتي الشيطان أحدكم فيقول: من خلق كذا من خلق كذا حتى يقول من خلق ربك؟ فإذا بلغه فليستعذ بالله ولينته

Maksudnya: 
“Syaitan akan datang pada salah seorang kamu dan berkata: “Siapa yang mencipta ini? siapa yang mencipta ini?” sehinggalah dia akan bertanya “Siapa yg mencipta tuhanmu?” Kalau sudah sampai demikian maka hendaklah minta lindung dengan Allah dan sudahkan.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Lafaz Ta’awwudz adalah
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
atau
أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم

4. Hendaklah dia sentiasa berkata “aku beriman dengan Allah dan Rasulnya” setiap kali diserang oleh was was syaitan. 

Rasulullah SAW bersabda:

فمن وجد شيئا فليقل : أمنت بالله زاد في رواية :ورسله.

Maksudnya: 
“Sesiapa yang mendapati was was maka hendaklah dia berkata “Aku beriman dgn Allah SWT” pada satu riwayat lain ada tambahan “dan Rasulnya”(HR.  Bukhari dan Muslim).

5. Hendaklah membaca ayat 3 surah al-Hadid. 

Allah SWT berfirman dalam  Surah Al-Hadid, ayat 3:

هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Ertinya:
"Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zhahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu".
Ini adalah pesanan dari Ibnu Abbas (HR. Abu Daud).

6. Memperbanyakkah zikir seperti ma’thurat dan sebagainya seperti yg di ajar oleh Rasulullah SAW pada waktu pagi dan petang.

Diantara yg baik untuk menjauhkan syaitan ialah dua zikir pada sebelah pagi dan petang: Zikir waktu pagi: Nabi SAW bersabda maksudnya: 
“Sesiapa yang mengucapkan:

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير

sebanyak seratus kali sehari maka dia mendapat pahala membebaskan 10 orang hamba, ditulis seratus kebaikan baginya, dihapuskan seratus kesalahannya, ia menjadi pelindung dari syaitan pada hari tersebut sehinggalah malam dan tidak ada yang melakukan lebih baik dari zikir yang diucapkan melainkan orang yang mengucapkan lebih banyak dari itu.” (HR.  Bukhari dan Muslim).

Zikir petang: Abu hurairah berkata kepada Rasulullah SAW. 
“Syaitan berkata kepadanya: “Apabila engkau berada di tempat tidur mu hendaklah engkau membaca ayat kursi daripada Awal sehingga habis.

الله لا إله إلا هو الحي القيوم.....

Syaitan berkata lagi “Apabila kamu membacanya maka Allah SWT sentiasa memelihara kamu dan syaitan tidak mendekati kamu sehinggalah waktu subuh.” 

Nabi SAW bersabda:
أما إنه قد صدقك وهو كذوب

Maksudnya: 
“Adapun sesungguhnya dia telah bercakap benar kepadamu berkenaan dengan ayat kursi itu walaupun dia seorang yang amat pembohong.” (HR.  Bukhari).

7. Menutup laluan syaitan.

Terdapat banyak cara untuk menutup laluan syaitan. Diantara jalanya adalah:
-Ingat dan sebut nama Allah.
-Membaca doa masuk dan keluar tandas.
-Menahan dari menguap.
-Banyakkan solat sunat di samping sholat wajib.
-Bersihkan hati dengan akhlak yang mulia.
-Menghindari maksiat.
-Menghindari sifat-sifat mazmumah seperti marah, berbohong dan lain-lain.

Seeloknya bagi orang yang terkena penyakit was was dalam akidah ini,  maka hendaklah berjumpa guru yang berilmu untuk mendalami aqidah yang benar.

Ya Allah kuatkanlah keimanan kami serta jauhkan kami dari penyakit was-was tersebut. Mudah-Mudahan kami menjadi hamba-Mu yang benar keimanan kepada-Mu Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam. 
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat. 
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN. 
Sila KONGSIKAN Dengan Sesama SAUDARA  KITA. 
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan. 
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988). 
Atau layari laman facebook:
http://www.facebook.com:
USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH.  
(Shah Alam, Ahad 15 Jamadil Akhir 1436 H).