HATI-HATI PERANGKAP RIYA'

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم

HATI-HATI PERANGKAP RIYA'

Rasulullah ﷺ bersabda:

"Sesungguhnya yang paling kutakutkan dari perkara yang aku takutkan atas kamu ialah syirik kecil."

Para shahabat bertanya: “Apakah syirik kecil itu wahai Rasulullah?"

 Rasulullah ﷺ bersabda: “Riya', Pada hari kiamat , ketika membalas amalan-amalan manusia, Allah Subhanahu wa Ta'ala akan berfirman: “Pergilah kepada orang yang kamu dahulu sewaktu di dunia berbuat riya’ kepadanya, dan lihatlah apakah kamu dapakan balasan (pahala) darinya?"
(HR. Ahmad, At-Thabrani dan Al-Baihaqi)

Riya adalah sesuatu yang dilakukan bukan kerana Allah subhana wa taala tetapi kerana selain Allah. Oleh itu ia adalah satu bentuk syirik tetapi tidak mengeluarkan seseorang dari Islam namun ia termasuk dosa besar.

BENTUK-BENTUK RIYA 
 
Di antara jenis riya’ ialah sepertii berikut:

1. Riya berkaitan Dengan Badan

Contohnya ingin menunjukkan dirinya sangat zuhud dengan menunjukkan tubuh yang kurus dan wajah pucat, agar orang-orang yang melihatnya akan menilai bahawa dia seorang memiliki kesungguhan dan rasa takut terhadap akhirat. Dan orang yang mendekati penampilan seperti ini ialah dengan sentiasa merendahkan suara, menjadikan dua matanya cenkung, menampakkan kelemahan badan, untuk menampakkan bahawa dia rajin berpuasa.

2. Riya Dari Sisi berpakaian

Contohnya membiarkan bekas sujud pada wajah, mengenakan pakaian jenis tertentu yang biasa dipakai oleh sekelompok orang yang masyarakat menilai mereka sebagai ulama atau orang yang kuat agamanya, maka dia mengenakan pakaian itu agar dikatakan sebagai orang alim. Atau memakai pakaian buruk untuk menunjukkan kezuhudan kepada dunia. 

3. Riya Dengan Perkataan

Umumnya, riya’ seperti ini dilakukan oleh orang-orang yang menjalankan aktiviti mendakwahi agama atau selainnya atau yang terlibat dengan politik. Ilmu agama atau pengetahuan yang dipelajari digunakan sebagai hujah perdebatan, untuk menambah populariti diri dan kebanggaan kerana ramainya orang yang mendengar ceramahnya atau menarik orang mengundi parti yang diwakilinya. 

4. Riya’ Dengan Perbuatan

Seperti riya’nya seseorang yang shalat dengan berdiri sedemikian lama, memanjangkan ruku, sujud dan menampakkan kekhusyu’an, riya’ dengan memperlihatkan puasa, shadaqah dan semacamnya apabila berada dihadapan ramai orang kerana hajat tertentu seperti dihadapan bakal mertua, pengikut, pekerja atau boss tetapi bila bersendirian dia tidak melakukan ibadah seperti itu.

5. Riya’ Dengan Kawan-Kawan Dan Tamu-Tamu

Seperti orang yang menjemput tetamu semata-mata kerana untuk memperlihatkan perhiasan dan keindahan rumah. Menjemput orang alim atau yang terhormat semata agar dikatakan si fulan ini telah mengunjunginya.

Wallahu a'lam.

Sekian, selamat beramal.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ 
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد