عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا
Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Barang siapa mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak pahala yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Sebaliknya, barang siapa mengajak kepada kesesatan, maka ia akan mendapat dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun." (HR Muslim No: 4831)
Pengajaran:
1. Sesiapa sahaja yang berperanan mengajak serta menasihat kepada kebaikan, mereka adalah seorang guru.
2. Orang yang mengajak, membimbing, menasihat, mengajar seseorang agar melakukan perkara kebaikan, dia akan mendapat ganjaran pahala seperti mana yang didapati oleh orang yang belajar dan beramal.
3. Orang yang mengajar, membimbing dan menunjukkan yang buruk dan jahat, dia akan memperolehi ganjaran dosa sebanyak orang yang mengikuti dan beramal dengannya.
Sempena Hari Guru, ayuh kita menjadi guru - paling tidak kepada ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. JOM kita rebut peluang menyimpan deposit amal yang berterusan untuk akhirat kita dengan mendidik, mengasuh dan mengajar orang lain. Hadis Rasulullah SAW:
إِذَامَاتَ الإِنسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّمِن ثَلاَثَةٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍصَالِحٍ يَدْعُولَهُ
“Apabila seseorang manusia mati, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diajar dan anak solleh yang mendoakan untuknya” (HR Muslim No: 3084)
#Rahmah Untuk Semua#
16hb Mei 2016
SELAMAT HARI GURU
EmoticonEmoticon