GEMPAR AMALAN YANG TERBALIK YANG KITA AMAL.

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan mengira kembali tentang amalan harian kita. Kadang2 kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut di lakukan dan di tuntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah di lalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang di paparkan di bawah sebagai contoh amalan yang terbalik:- 

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang di lakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang di anjurkan oleh Rasulullah saw di mana Rasulullah saw telah menganjurkan jira tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah di timpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau2 mereka termakan harta anak yatim yang di tinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum di bahagikan kepada yang berhak menurut Islam? 

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang di beri semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak di kepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi hadiah. Kalau ke kenduri kahwin yg cari wang, tak pergi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk ia menambah pendapatan. Yg terbaliknya kenduri kesyukuran ta payah pergi, yg kenduri cari wang wajib pergi.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja 
bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik. 

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang di hidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang di tuntut di banyakkan makan dan di habiskan apa yang di hidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. 

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak di lakukan di rumah seperti yang di anjurkan oleh Rasulullah saw untuk mengelakkan rasa riak. 

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita? 

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka di buat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka di buat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. ?? 

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau2 anak mereka gagal dalam periksa. Maka di hantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup di bayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa. 

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap di harungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja.Tapi ke  rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah di minta tapi nak ke rumahNya sega dan malas. 

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang di tuntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. 

11. Kita cukup teruja untuk forward kan sms atau emel dalam bentuk jokes, gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain.Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??..... Cukup dengan contoh2 di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang di gubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. 

Klu silap tulong tambah dan perbetulkan.

Wallahua'lam.