Doa


       السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ

      بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُلِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَوَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِاْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِوَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah Ya Rahman, pada pg yg tenang dan penuh baraqah ini, kami memohon permudahkanlah semua urusan kami baik dlm urusan agama, dunia dan akhirat. Lancarkanlah pertuturan kami agar mereka mengerti ucapan kami… Berilah pada kami kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi setiap ujian yg mendatangi kami. 
Ya Allah...Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan hati yg lapang agar hari ini menjadi antara hari yg terindah dalam hidup kami.

Ya Allah, Ya Quddus, kami memohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami, tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.

Ya Allah Ya Rahman, berilah kami iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan
kesejahteraan di dunia dan akhirat. 

ِYa Allah Tuhan Seru Sekalian Alam.. Tiada henti mengucap syukur ke hadrat-Mu, atas segala nikmat dan barakah yang telah Engkau berikan kepada kami. 

Ya Allah Ya Jaliil, tidak ada yang dapat menghalangi dari apa yang Engkau berikan, dan tidak ada yang dapat memberikan yg Engkau halangi. Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Sejahtera, kepada Engkaulah kami mengharap kesejahteraan, maka hidupkanlah kami dalam keadaan sejahtera. Masukkanlah kami ke dalam syurga sebagai tempat kesejahteraan yang telah Engkau berkati. 

Ya Allah Ya Ghofur, ampunilah kami, kasihanilah kami, luaskanlah kami dan angkatlah darjat kami, limpahkanlah rezeki kepada kami. Berilah kami petunjuk dan kesihatan, berilah keampunan kepada kami. Ya Allah, Hanya kepada-Mu kami berpasrah diri. 

Ya Allah.. Ya Aziizz, permudahkanlah urusan kami pada hari ini dan bukakanlah pintu-pintu rezeki dan segala pintu kebaikan buat kami semua.

Ya Allah.. kami memohon kepada Mu teguhkanlah hati kami dalam semua urusan kami. Ya Allah kami memohon kepada Mu hati yang bersih dan lidah yang jujur. َ

Ya Allah kami memohon kepada Mu kebajikan yang Engkau ketahui dan berlindung kepada Mu dari kejahatan yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui benda-benda yang ghaib. َYa Allah Engkau yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama Mu. Ya Allah Engkau yang mengubah-ubah hati, ubahlah hati kami kepada ketaatan kami kepada Mu. 

Ya Allah Engkau adalah Tuhan kami, tidak ada yang berhak di ibadahi kecuali Engkau, Engkaulah yang mencipta kami, kami adalah hamba Mu, kami akan setia dengan perjanjian kami dengan Mu semampu kami, kami berlindung dengan Mu dari keburukan yang kami perbuat, kami mengaku kebaikan Mu kepada kami dan kami mengakui dosa-dosa kami, oleh itu ampunkanlah kami, sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau. Ya Allah lembutkanlah tutur kata kami, bataskanlah dengan kemuliaan dan pemikiran yang waras, baikkanlah akhlak kami, indahkanlah pekerti kami, berilah kesabaran di setiap langkah kami dan Nur di wajah kami.  Ya Allah bersihkanlah hati kami dengan kasih sayang dan berilah kami sifat bersyukur dalam kami menjalani kehidupan hari ini. 

Ya Allah Ya Muhaimiin, bukakan untuk kami pintu bangun solat malam, bukakan untuk kami pintu puasa sunat dan bukakan untuk kami pintu jihad. Ya Allah janganlah pula kami merendahkan orang yang tidur, tidak puasa sunat dan tidak pergi berjihad, kerana mereka mungkin lebih dekat kepada Mu daripada kami. Sesungguhnya, bahawa mereka yang tidur sepanjang malam, tapi di pagi hari mereka menyesal kerana tidak bangun malam, mungkin lebih baik daripada kami yang bangun solat di malam hari, tapi di pagi hari  esoknya merasa 'ujub / bangga dengan amalan kami, kerana orang yang 'ujub / bangga itu tidak satu pun amalannya yang diterima. 

Ya Allah, Ya Qahhaar,,  kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurga-Mu Ya Allah. َ Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, cucu-cucu kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. 

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 

Segala puji-pujian hanya utk Mu Ya Allah.

 رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ 

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

 وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

 آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن َ