Perjalanan Terjauh Dan Terberat Bagi Seorang Lelaki Adalah Perjalanan Ke Masjid.
Sebab Ramai Orang Kaya, sehat, dan ada pelbagai kemudahan Tidak Mampu Mengerjakannya.
Jangankan Sehari Lima Waktu. Bahkan Ramai Pula Yang Seminggu Sekalipun Terlupa.Tidak Kurang Pula Yang Seumur Hidup Tidak Pernah Singgah Ke Sana.
Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid.
Kerana Orang Cerdik Dan Pandai Pun, Sering Tidak Mampu Menemukannya.
Walaupun Mereka Mampu Mencari Ilmu Hingga Ke Universiti Di Eropah ataupun Amerika.
Mudah Melangkahkan Kaki Ke Jepun, Australia Dan Korea Dengan Semangat Yang Membara.
Namun Ke Masjid Tetap Saja Perjalanan Yang Tidak Mampu Mereka Tempuh... Walau Telah Bergelar PHD.
Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid.
Kerana Para Pemuda Kuat Dan Bertubuh Sihat Yang Mampu Menakluki Puncak Gunung Yg Tinggi... Pun Sering Mengeluh Ketika Di Ajak Ke Masjid... Alasan Mereka Pun Bermacam²... Ada Yang Berkata Sebentar Lagi... Ada Yang Beralasan Tidak Selesa Di Cop Alim.
Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah
Perjalanan Ke Masjid.
Hatta ada antara mereka
ahli gusti, pemain golf, pemain bola, pengayuh basikal yg handal, penunggang motorsikal kuasa tinggi yg cekap, pemancing yg handal, ahli sukan professional,
Terkenal Dengan Ketangkasan
Terkenal Dengan Kehebatan
belum pasti
Gagah Mendaki
Tangga Masjid
Maka Berbahagialah Diri Mu Wahai Lelaki.. Bila Engkau Telah Terbiasa Melangkahkan Kaki Ke Masjid.
Kerana Sejauh Manapun Engkau Melangkahkan Kaki... Tidak Ada Perjalanan Yang Paling mulia serta Membanggakan... Selain Perjalanan Mu Ke Masjid.
Biar Aku Beritahu Rahsia Kepada semua... Hakikatnya Perjalanan Kita Ke Masjid Adalah Perjalanan Untuk Bertemu Pencipta Yg Maha Agung, Pemilik Alam semesta, Allah yg Esa.
Itulah Perjalanan Yang Di ajarkan oleh Nabi kita ... Serta Perjalanan Yang Akan Membezakan kita Dengan Orang² Yang Lupa Akan Rabbnya.
Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid.
Maka Lakukanlah Walau... Engkau Terpaksa Merangkak Dalam Gelap Subuh
Demi Mengenal Rabb Mu... Nescaya kamulah
Insan2 yang BERUNTUNG...
AKHIRAT kelak...
Pesanan utk diri Sendiri, Ayah2, Suami2, Anak2 Lelaki, Adik & Abang dan mereka2 bergelar Lelaki dan selagi ada kemampuan ...
EmoticonEmoticon