Pemimpin Yang Tidak Masuk Syurga

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pemimpin Yang Tidak Masuk Syurga

عَنْ مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ


Dari Ma'qil bin Yasar al-Muzani,  Sesunguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 'Barangsiapa diberi beban oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, niscaya Allah mengharamkan Syurga atasnya'." (HR Muslim No: 203)

Pengajaran:

1.  Menjadi kewajipan pemimpin melaksanakan tanggungjawab dengan adil dan saksama


2.  Pemimpin yang tidak melaksanakan tanggungjawab memimpin orang bawahan, pekerja atau rakyatnya akan dipersoalkan dihadapan Allah kelak.


3.  Pemimpin yang menipu rakyat dan mati dalam keadaan penipuan tersebut, diharamkan dari memasuki syurga Allah.


Justeru setiap pemimpin perlu melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan bersungguh-sungguh dan jangan sesekali menipu rakyat atau orang bawahan semata-mata kerana ingin menjaga kedudukan dan periuk nasi.

#Rahmah Untuk Semua#

24hb Mac 2016