Jangan Sesekali Hilang Harapan, Hingga Mudah Salahkan Tuhan!

Oleh: Ezry Fahmy

Ramai manusia mudah hilang harapan dengan agama dan Tuhan.

Maka manusia yang hilang harapan akan dengan mudah berjaya disesatkan apabila hilangnya pengharapan dan kebergantungan pada Tuhan.

Berikut kisah yang boleh diambil iktibar.


Kisah 1

Satu ujian labotari dilakukan ke atas seekor tikus. Tikus itu dibiarkan berenang di dalam sebuah bekas, hingga 30 minit lamanya sebelum tikus itu mati lemas. Ujian yang sama dibuat ke atas tikus lain, namun apabila dilihat tikus itu hampir mati menjelang minit ke 30, pengkaji akan mengangkat tikus itu dari dibiarkan mati lemas.

Esoknya ujian yang sama dilakukan ke atas tikus yang hampir mati lemas itu, tikus yang diajar tentang adanya harapan untuk diselamatkan itu masih terus berenang melangkaui minit ke 30. Dan menariknya kajian menunjukkan tikus yang berenang dengan diberi harapan bahawa tikus itu akan diselamatkan, hasilnya berenang selama 36 jam! (Kajian ini dikatakan dilakukan oleh Dr Curt P Richter pada tahun 1957 tentang positif psikologi).


Kisah 2

Seorang anak yang terpaksa menjaga seorang ayah berdoa kepada Allah agar disembuhkan ayahnya yang sakit. Dia berdoa selama 7 tahun namun ayahnya masih tidak pulih dan kekal terlantar dan sakit. Dia bertanya mengapa Allah tidak mengabulkan doanya.

Walhal barangkali antara hikmahnya, ayahnya mungkin mati 6 tahun lepas namun dipanjangkan usia agar terus diampunkan dosanya (orang ditimpa sakit diampunkan dosanya), dan anaknya yang menjaga selama 7 tahun pula terus menerus diberi pahala kerana berbuat baik kerana menjaga ayahnya.


Kisah 3

Ada seorang yang terdampar di pulau tidak dapat diselamatkan, setelah membuat tempat berlindung menggunakan khemah yang ringkas, dia memburu untuk makanan. Setelah berjaya memburu dan menyiapkan api untuk memanggang, api yang marak telah menyambar khemahnya. Dia menyalahkan Tuhan kerana apa yang terjadi, kerana dia kini tidak mempunyai tempat berlindung di pulau tersebut. Dia terlalu kecewa hinggalah tertidur.

Apabila bangun dia melihat ada kapal datang menyelamatkannya. Apabila ditanya bagaimana mereka boleh datang menyelamatkannya, orang tersebut berkata mereka melihat kepulan asap (khemah yang terbakar) di pulau tersebut dan datang untuk singgah tanpa tahu bahawa ada orang yang perlu diselematkan.

Ternyata khemah yang terbakar itu ada hikmahnya.


Ingatlah firman Allah Ta’ala:


وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (2) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ(3)


“Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan Mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. dan Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” 

(Surah At-Tholaq: 2-3)


Mari jadi mutawakkiluun, orang yang bertawakkal.

Disalin dari https://www.facebook.com/ezryfahmy/posts/10209573060752643