السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.
(Shah Alam , Khamis 26 Mac 2015).
7 UBAT SAKIT HATI YANG DIAJARKAN RASULULLAH SAW.
Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya. Baik dalam keluarga, persahabatan, mahupun dalam hidup bermasyarakat.
Sifat manusia secara normalnya pasti ada perasaan sedih dan gembira, perasaan seperti ini adalah suatu hal yang wajar dalam hidup manusia.
Apatah lagi, manusia diciptakan oleh Allah SWT l adalah sebagai mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan dan kesalahan.
Dari masalah yang kecil hingga masalah besar, dapat menjadi penyebab datangnya masalah tersebut.
Misalnya bermula dari perbezaan pendapat, perselisihan faham, adanya konflik atau ketidak serasian, sehingga penyakit hasad dan dengki serta fitnah memfitnah.
Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama dalam hati, maka tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stress dan tidak akan ceria dalam menjalani kehidupan. Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.
Oleh karena itu pada TAZKIRAH hari ini, USM ingin berkongsi sedikit petua Bagaimana menangani sikap sakit hati, agar tidak menjemput dosa kepada diri kita sendiri? Diantara petua-petua yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, untuk dijadikan penawar sakit hati diantaranya adalah:
1. BANYAKKAN MUHASABAH DIRI.
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnya kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata- kata saudara kita, padahal tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita bersikap demikian. mungkin kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya satu ketika dahulu.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Mujadalah , ayat 6:
يَوْمَ يَبْعَثُهُمُ اللَّهُ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُهُم بِمَا عَمِلُوا أَحْصَاهُ اللَّهُ وَنَسُوهُ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
Ertinya:
"Semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh Allah (pada hari kiamat), lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan (ingatlah), Allah menjadi Saksi akan tiap-tiap sesuatu".
2. MENJAUHKAN DIRI DARI SIFAT HASAD DENGKI.
Hasad dengki adalah ruang yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia. Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan pekak dengan kebenaran.
Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan - angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicita-citakannya.
Sifat hasad dengki ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat hasad dan dengki.
Rasulullah bersabda dalam satu riwayat hadith yang bermaksud:
“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).
3. MENJAUHKAN DIRI DARI SIFAT MARAH DAN KERAS HATI.
Marah yang timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal yang waras. Jika akal sudah lemah, yang tinggal hanyalah hawa nafsu. Dan syaitan pun berleluasa untuk melancarkan serangannya, lalu mempermainkan manusia untuk mengikut perintahnya.
Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang sedang membalik bola.”
4. MENYEMAI SIFAT PEMAAF ANTARA SESAMA.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-A’raf, ayat 199:
خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ
Ertinya:
"Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)".
Allah SWT Maha Pemaaf terhadap hamba-Nya. Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan bersungguh-sungguh, maka Allah SWT akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Bertakwalah kepada Allah SWT di manapun engkau berada, ikutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).
5. HUSNU DZON (BERBAIK SANGKA).
Allah berfirman dalam Surah Al-Hujurat, ayat 12:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Ertinya:
“Wahai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).
Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan serta menghinakan orang lain.
Dia mengatakan keburukan tentang orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik. Tentu, perkara ini yang tidak benar.
Setiap muslim harus meneliti diri terhadap titik-titik yang cenderung untuk memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.
6. IKHLASKAN DIRI DALAM SETIAP AMALAN.
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan. Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya hanya semata-mata kepada Allah SWT.
Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur. Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.
Dia selalu percaya bahawa Allah SWT akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hamba-Nya.
Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Hanya kepada-Nyalah dia menggantungkan harapan.
7. BERSYUKUR DENGAN NIKMAT ALLAH SWT.
Bersyukur adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah seorang hamba kepada Allah SWT, kerana hamba yang bersyukur bermakna nikmat yang di berikan Allah SWT dapat jalani dengan yang sebaiknya dan mengembalikan nikmat tersebut kepada Allah SWT dengan bersyukur.
Sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak terhingga dari sikap syukur kita kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim, ayat 7:
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Ertinya:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Ya Allah kami bukan makhluk yang sempurna dari kesilapan dan kesalahan, jauhkan dari kami ya Allah dari perasaan sakit hati terhadap sesama makhluk yang melakukan kesalahan dan kejahatan kepada kami. Mudah-Mudahan kaki menjadi hamba-Mu yag lebih bersabar dalam menghadapi cabaran hidup ini. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).
Catatan:
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
Sila KONGSIKAN Dengan Sesama SAUDARA KITA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!
Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
http://www.facebook.com:
USM - Sihabuddin Muhaemin.
TERIMA KASIH.
(Shah Alam, Khamis 5 Jamadil Akhir 1436 H).
Saya dengar satu ceramah ustaz mengenai GST vs Mati
Kata ustaz manusia terlalu risau sesuatu yg belum pasti yg kita tidak ada pengetahuan tentangnya. Cth GST yg akan berkuatkuada pada 1 April 2015 sama ada harga barang naik atau tidak, kitapun x tahu. Ustaz nasihatkan tunggu 1 April apa akan berlaku.
Ustaz kata berkaitan dengan mati adalah sesuatu yg pasti berlaku kepada semua mahluk. Cuma bezanya yg manusia x tahu bila, tempat, masa dan bagaimana kita mati.
Ustaz tanya sudah kita bersedia dengan amalan soleh untuk berjumpa Allah swt.
Renung2 dan fikir2kanlah. Apa kesudahan dan nasib kita?.
1 comments:
Write commentsSangat bermanfaat
ReplyEmoticonEmoticon