السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.
(Shah Alam, Isnin 16 Mac 2015).
5 JENIS GOLONGAN MANUSIA DALAM AQIDAH ISLAM.
Islam ialah agama yang paling sempurna dan bersifat universal. Semua aspek kehidupan sudah diatur dalam islam. Sejak kita lahir ke dunia sampaikan kita mati meninggalkan dunia, Mulai dari kita bangun tidur waktu pagi sampai kita nak tidur waktu malam. Mulai cara kita mengatur diri sendiri sampai cara kita mendirikan sebuah negara. Semuanya sudah di atur di dalq ajaran Islam.
Ajaran islam juga mampu diterapkan di mana sahaja kita berada, Islam berasal dari kata dalam bahasa arab yang berasal dari kata salima yang berarti selamat, damai, tunduk, pasrah, dan berserah diri. Objek penyerahan diri yang dimaksudkan ialah kepada Pencipta seluruh alam semesta iaitu Allah Subhanahu Wa Ta'ala.Dengan demikian, Islam berarti penyerahan diri serta tunduk dan taat kepada Allah SWT.
Dalm hal ini Allah SWT berfirman dalam Al-Qur’an dalam surah Ali Imran ayat 19:
إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
Sesungguhnya Agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Agama Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai Agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisab-Nya'.
Di dalam agama Islam terdapat 5 golongan manusia yang berkaitan dengan akidah mereka kepada Allah SWT, adapun golongan tersebut iaitu:
1. Golongan Mu’min.
Iaitu golongan yang menerima dan menyakini rukun iman yang enam; iman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Hari akhir, dan TakdirNya dengan tulus ikhlas dan jujur.
Golongan ini tidak hanya menerima akidah dengan hatinya, melainkan juga mengakui dengan lisannya, dan mengamalkan dengan tingkah laku dan perbuatannya.
2. Golongan Kafir.
Iaitu golongan yang menolak rukun iman baik secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi dengan hatinya, lisannya, dan perbuatannya.
3. Golongan Munafik,
yakni golongan yang pada zahirnya menerima akidah islam namun sebenarnya hatinya menolak dan tidak mempercayai akn kebenaran akidah islam.
Rasulullah SAW bersabda mengenai golongan munafik ini di dalam hadith Dari riwayat Abdullah bin Amr RA, dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa tertanam dalam dirinya empat perkara, maka ia benar-benar seorang munafik yang sejati, dan barangsiapa yang dalam dirinya terdapat salah satu dari empat hal, maka dalam dirinya tertanam satu kemunafikan sehinggakan ia meninggalkannya, iaitu: (1) Apabila berbicara, ia berdusta (2) Apabila diberi amanah, ia mengkhianati (3) Apabila berjanji, ia mengingkari (4) Apabila berdebat ia tidak jujur.' (HR Bukhari dan Muslim)
4. Golongan Musyrik.
Iaitu golongan yang mempersekutukan Allah SWT dengan sesuatu yang lain. Di zaman Rasul dulu para penduduk Mekkah menyekutukan Allah SWT dengan patung-patung, diantaranya dengan patung Latta dan Uzza, Manat dan Hubal. Sedangkan musyrik di zaman sekarang mugkin boleh terjadi sebab pangkat, jawatan dqn kedudukannya, atau dengan sebab harta dan kekayaannya, dengan menjadikan mereka sebagai Thagut.
5. Golongan Murtad.
Iaitu golongan yang dulunya beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, kemudian akhirnya mereka keluar dari agama Islam dan memilih agama yang lain.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqara, ayat 217:
وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Ertinya:
Dan barangsiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)".
Waha saudaraku sekalian, sebagai hamba Allah di dunia ini?? Dimanakan posisi kita sekarang? Semoga kita mampu istiqomah berada di golongan pertama, yakni Golongan Orang Muk’min.
Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah kami haba-Mu yang beriman kepada-Mu. Dan tetapkanlah kami untuk sentiasa berada dalam hidayah-Mu disepanjang hidup kami dari dunia hingga ke akhirat nanti. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).
Catatan:
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
Sila KONGSIKAN Dengan Sesama SAUDARA KITA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!
Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
http://www.facebook.com:
USM - Sihabuddin Muhaemin.
TERIMA KASIH.
(Shah Alam, Isnin 25 Jamadil awal 1436 H).
EmoticonEmoticon