Menyantuni kanak-kanak



Video ini untuk panduan semua orang dewasa, bukan guru sahaja.

1) Sejauh mana kita menyantuni kanak-kanak dan juga remaja dalam kehidupan seharian kita?
2) Apabila anak kecil dan remaja berada di kalangan kita ketika kenduri, reunion, ziarah, majlis ilmu dan sebagainya, adakah kita menegur mereka bertanya khabar atau kita layan mereka seperti mereka tidak wujud?
3) Adakah kita hanya bercakap dengan mereka untuk menegur dan memperbetulkan kesalahan mereka?
4) Adakah kita bergurau senda dan bergelak ketawa dengan mereka?
5) Adakah kita mengajak mereka menyertai perbualan kita dan meraikan pendapat mereka?

Bagi anak kecil, berbual dengan mereka dapat membantu perkembangan:

1) BAHASA - memperkayakan perbendaharaan kata (vocabulary) dan teknik komunikasi anak.
2) KOGNITIF - menerap dan memahami 'konsep' dan skil yang baru dan menggalakkan KBAT/HOTS.
3) SOSIO-EMOSI - perkembangan bahasa menggalakkan luahan emosi dan cetusan idea di kalangan kanak-kanak.

Bagi anak remaja pula, berbual dengan mereka akan lebih merapatkan lagi jurang generasi yang mungkin wujud.

Menurut pendapat dalam buku 'Islam's Solution for Problems Facing Today's Youth' (Ibn Jawzee, Shaykh Muhammad Ibn Saalih Al-Uthayameen, Shaykh Saalih Ibn Fawzaan al-Fawzaan), salah satu sebab utama kenapa remaja bermasalah adalah kerana golongan tua menjauhkan diri daripada golongan muda. Golongan tua tidak cuba untuk CONNECT dengan golongan muda, sebaliknya hanya menghukum dan mencemuh mereka tanpa membimbing. Jika golongan tua tidak memberi bimbingan, bagaimana golongan muda hendak terbimbing?

Rajin-rajinlah bersembang dengan anak kecil dan remaja.
Berilah mereka 'suara' dan pada masa yang sama didiklah mereka dengan adab dalam berkomunikasi.

"How we treat children shows how we value them in the society."

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy