Terjemahan dari bahasa Arab oleh pelajar alimah Madrasah An-Nuur, Kesang Laut, Tangkak Johor. (madrasahannuur.com)_
1. Tutup hand phone ketika kehadiran mereka
2. Senyap untuk mendengar cerita mereka
3. Terima pendapat mereka
4. Memberi tindak balas terhadap cerita mereka
5. Bersemuka dengan mereka dalam keadaan merendah diri
6. Selalu memuji mereka
7. Kongsikan kepada mereka cerita yang menggembirakan
8. Tidak menyampaikan kepada mereka cerita yang buruk
9. Memuji kawan-kawan mereka Dan orang yang mereka sayang
10. Ingat jasa mereka
11. Merasa teruja terhadap cerita mereka walau sudah berulang-ulang kali
12. Tidak menyebut perkara yang menyakitkan yang telah berlalu
13. Elakkan perbualan yang berlebihan
14. Duduk sopan bersama mereka
15. Tidak meremehkan pendapat mereka
16. Tidak memotong percakapan mereka dan tidak meninggalkan mereka ketika mereka bercerita
17. Menghormati umur mereka Dan tidak membebankan mereka dengan cucu-cucu
18. Tidak menghukum anak (cucu mereka) di hadapan mereka
19. Terima sepenuhnya nasihat dan pendapat mereka
20. Memuliakan kehadiran mereka
21. Tidak meninggikan suara terhadap mereka
22. Tidak berjalan di hadapan mereka
23. Tidak makan sebelum mereka makan
24. Tidak merenung mereka (seolah2 ada yg pelik)
25. Berbangga dengan mereka walau pun mereka tidak layak untuk itu (untuk perkara yang di banggakan itu)
26. Tidak melunjurkan kaki di hadapan mereka Dan jgn memberi mereka sesuatu dari arah belakang
27. Tidak mencaci terhadap kemarahan mereka
28. Mendoakan untuk mereka setiap waktu
29. Tidak menzahirkan kepenatan Dan keletihan di hadapan mereka
30. Tidak mengetawakan atas kesalahan mereka
31. Menolong mereka sebelum mereka meminta
32. Selalu menziarahi mereka dan tidak membuat mereka marah
33. Memilih perkataan yang baik ketika bersembang dengan mereka
34. Panggil mereka dengan gelaran yang mereka suka
35. Dahulukan mereka dari semua perkara dan orang lain.
*Ingatlah ibubapa ialah harta dibawah bumi, ditakuti mereka akan di kebumikan di bawah tanah. Baca dan kongsikan kepada sahabat2 untuk muhasabah diri sendiri serta panduan kepada anak cucu kita ketika berurusan dengan ibu bapa.*
Ilmu mengenai Adab yg sering dilupai oleh generasi muda yg dibuai oleh arus hidup moden & terlalu kebaratan.
EmoticonEmoticon