*ApaTujuan Hidup?*
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
*Dan tidaklah Kami menciptakan jin dan manusia, melainkan agar mereka itu bertauhid dan beribadah kapadaKU*
[Surat Adh-Dhariyat (51) ayat 56]
*Ibadah Macam mana?*
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
*Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.*
[Surat Al-Bayyinah (98) ayat 5]
Itulah *syarat dan cara ibadah* yang di kehendaki Allah.
*Ikhlas/mukhlis/murni yang tersebut dalam ayat di atas tu maksudnya adalah tauhid yang bersih*, tidak bercampur aduk dengan benda2 yang bukan dari yang di kehendaki Allah. Allah cuma hendak yang bersih serta ikhlas dari HAMBA ciptaanNya.
*CARANYA BAGAIMANA?*
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
*Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani*.
[Surat Aal-E-Imran (3) ayat 31]
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
*Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)*
[Surat Al-Ahzab (33) : 21]
Aisyah rdha telah mengabarkan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
أَخْبَرَتْنِي عَائِشَةُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ *مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ.
*Barangsiapa mengamalkan suatu perkara yang tidak kami perintahkan/contohkan, maka ia tertolak*.
HR: Bukhari dan Muslim, no 3243.
*Jika tidak tak tahu caranya, wajib belajar*
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
*Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya*
[Surat Al-Isra' (17) : 36]
EmoticonEmoticon