JOM BELAJAR TAFSIR QURAN

Salah faham tentang belajar tafsir Quran - siri 1.

❌ Belajar tafsir hanya untuk orang muda.. dah tua tua ni bukan senang nak faham.. nak hafal.. 

-➡ Ini salah.. Al Quran untuk semua level.. semua orang boleh paham. Quran mudah di fahami. Jom tengok dalilnya.

*Dan sesungguhnya telah Kami permudahkan Al-Quran untuk di pelajari, maka adakah orang yang mahu ambil pelajaran?* 
Surah Al-Qamar (54) ayat 17, 22, 32 dan 40. Empat kali Allah ulangkan.

❌ nak tahu tafsir Quran  kena tahu 15 cabang ilmu dulu... nahwu, sorof, bayaan, mantik, qira'at dll, orang awam tak leh belajar tafsir nanti sesat.

➡Subhanallah, Ini bathil! Quran untuk semua! Belajar lah dengan guru tafsir.. dan guru itu akan ajar ikut level pelajar. Apa fasal boleh sesat pulak, yang tak belajar tu yg sesat.

❌ dah belajar tafsir.. tapi tak paham.. 

-➡kefahaman dari Allah. Doa pada Allah minta kefahaman. Jangan putus asa..belajar dari mula ayat pertama dan terus sampai habis. Yang tak paham tu sebab tebuk sana sikit sini sikit untuk kepentingan tertentu.

❌ Kelas tafsir.. mengantuk.. bosan.. video low quality.. audio kurang jelas.. ustaz ni xbest.. kelas jauh.. 

➡ inilah cabaran menuntut ilmu. Jangan kalah dengan bisikan dan godaan syaitan. Menuntut ilmu perlukan pengorbanan masa.. tenaga..harta.. 

❌ suami tak bagi pegi kelas/ halangan untuk ke kelas.

➡ Online ada.. telegram. Wassap.. youtube. Tiada alasan untuk tidak belajar tafsir.

❌ saya nak belajar hadist dulu   saya nak khatam bahasa arab dulu.. saya nak belajar fiqh dulu.. 

➡ boleh.. tapi tafsir Quran kena diutamakan.. ilmu lain sebagai pelengkap... 100% tauhid ada dalam Quran.. tanpa ambil tauhid dari quran itu yg sesat. Sahabat nabi semua belajar tauhid dari quran yg nabi sampaikan.

kenapa Quran cerita pasal tauhid saja?

Sebab mudahnya orang rosak tauhid... kalau tauhid rosak.. semua amalan hancur.. sia-sia..umpama menyimpan pasir dalam bekas makanan, bila lapar nak makan tak boleh.

❌ Saya dah hafaz 30 juzuk quran.
➡ alhamdulillah. Sekarang anda patut belajar tafsir pula. Kalau hafaz quran saja tapi tak paham.. umpama burung kakak tua.. 

➡hafaz quran adalah mulia.. tapi memahami dan mengamalkan Quran itu wajib, kunci dan jalan masuk syurga.