السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.
(Shah Alam, Isnin 4 Mei 2015).
15 CIRI IBADUR RAHMAN (HAMBA ALLAH SWT YANG DI RAHMATI)
Setiap manusia ingin mendapatkan Rahmat dan kasih sayang Allah SWT (Ibadur Rahman). Kita pernah mendengar perkataan dalam bahasa Arab Ibadur Rahman (Hamba Allah Yang Di Rahmati).
Dalam Surah al-Furqan ayat 63-77, Allah SWT menjelaskan 15 ciri Ibadur Rahman yang mendapat kemuliaan dan keredhaan disisi Allah SWT di dunia dan akhirat.
Pada TAZKIRAH hari ini, USM ingin menjelaskan apakah ciri-ciri ibadur rahman tersebut. Berdasarkan ayat dalam surah al-Furqan tersebut, terdapat 15 ciri Ibadur Rahman (hamba Allah) yang dikasihi oleh Allah SWT. Ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut :
1. Berjalan Di Muka Bumi Dengan Rendah Hati.
Seorang mukmin sejati memiliki keperibadian yang seimbang dengan menundukkan pandangan bila berjalan dan tidak merasa sombong dan suka membanggakan diri.
Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 18:
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
Ertinya:
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri". (QS. Luqman : 18 )
2. Apabila Ditegur Oleh Orang Yang Jahil Akan Dibalas Dengan Ucapan Salam (Sejahtera) Dan Kemaafan Kepada Mereka.
Firman Allah SWT dalam surah Asy-Syura, Ayat: 43 :
وَلَمَنْ صَبَرَ وَغَفَرَ إِنَّ ذَلِكَ لَمِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
Ertinya:
"Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki untuk diambil berat (melakukannya)". (QS. Asy-Syura : 43).
3. Pada Waktu Malam Sentiasa Melaksanakan Ibadah Sholat Tahajjud.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Isra, ayat 79:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا
Ertinya:
"Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji".
4. Sentiasa Berdoa Kepada Allah SWT Agar dijauhkan dari Azab Seksa Api Neraka Jahanam.
Sifat orang mukmin ini digambarkan dalam firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 16 :
الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya:
"(Iaitu) orang-orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka."
( QS. Ali Imran : 16 )
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Bila seseorang selesai membaca tasyahud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari seksa neraka Jahannam, dari seksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal'. (Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan untuk dirinya sesuai kepentingannya)". (HR. Muslim)
5. Membelanjakan Hartanya Pada Jalan Allah SWT Dengan Berhati-hati, Tidak Membazir Dan Tidak Terlalu Kedekut.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Isra, ayat 27:
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
Ertinya:
"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (QS. al-Isra' : 27)
Nabi SAW bersabda maksudnya :
“… dan takutlah kamu dari sifat kikir, kerana sesungguhnya sifat kikir itu telah membinasakan umat sebelum kalian, yang mendorong mereka melakukan pertumpahan darah dan menghalalkan semua yang diharamkan Allah SWT.” (HR. Muslim).
6. Tidak Menyekutukan Allah SWT Dengan makhluk-Nya Iaitu Menjauhkan Diri Daripada Perbuatan Syirik.
Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa, ayat 48:
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا
Ertinya:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar". (QS. An-Nisa' : 48).
7. Tidak Membunuh Manusia Melainkan Apa Yang Dibenarkan Oleh Syara'.
Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa', ayat 93:
وَمَن يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُّتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا
Ertinya:
“Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka Jahannam , kekal ia di dalamnya dan Allah SWT murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (QS. An- Nisa’ : 93)
Dari Ibnu Mas’ud RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
"Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahwa tidak ada Ilah selain Allah dan bahwa saya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) adalah utusan Allah kecuali dengan tiga sebab : Orang tua yang berzina, membunuh orang lain (dengan sengaja), dan meninggalkan agamanya berpisah dari jamaahnya." (HR. Bukhari dan Muslim)
8. Tidak Melakukan Perbuatan Zina.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra, ayat 32:
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
Ertinya:
“Dan janganlah kamu mendekati zina , sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al- Israa’ : 32).
Dari Ibnu Abbas RA, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ Jauhilah oleh kamu akan zina, kerana kecelakaannya empat macam iaitu hilang seri (cahaya) pada wajahnya , di sempitkan rezekinya , dan kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kekal di dalam neraka.” (HR. Thabrani).
9. Sentiasa Bertaubat Kepada Allah SWT.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 222:
ُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Ertinya:
"Sesungguhnya Allah SWT amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (QS. Al-Baqarah : 222)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Barangsiapa bertaubat kepada Allah sebelum matahari terbit dari barat, nescaya Allah akan menerima taubat orang tersebut.” (HR. Muslim)
10. Sentiasa Mengerjakan Amalan Sholeh.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Kahfi, ayat 110:
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Ertinya:
"Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya.” (QS. al-Kahfi : 110).
11. Tidak Menjadi Saksi Palsu (Saksi Yang Menipu Persaksian).
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Hajj ayat 30:
فَاجْتَنِبُوا الرِّجْسَ مِنَ الْأَوْثَانِ وَاجْتَنِبُوا قَوْلَ الزُّورِ
Ertinya:
"maka jauhilah olehmu dosa akibat menyembah berhala-berhala dan jauhilah perkataan-perkataan yang dusta". (QS. Al-Hajj :30)
Sabda Rasulullah SAW dalam hadith yang bermaksud :
"Dipastikan dua kaki dari orang yang bersaksi palsu itu pada hari kiamat nanti akan melangkah ke neraka"
(HR. Ibn Majah dan Hakim).
Dalam Riwayat yang lain, Nabi SAW bersabda maksudnya:
"Mahukah ku tunjukan tentang dosa yang paling besar? Iaitu syirik kepada Allah, derhaka kepada orang tua, ingatlah ucapan-ucapan dusta dan ingatlah saksi yang dusta dan Nabi mengulang-ngulangi hingga kami (para sahabat berkata ( dalam hati): ohh, bilakah baginda hendak diam". (HR. Bukhari ).
12. Bila Bertemu Orang Yang Melakukan Perbuatan Yang Tidak Berfaedah, Tidak Melayaninya Untuk Menjaga Kehormatan Diri.
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Mu'menuun, ayat 3:
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
Ertinya:
"Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna".(QS. Al-Mu'minuun :3)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Sebaik-baik Islam seseorang ialah meninggalkan apa yang bukan kepentingannya." (HR. Tarmizi).
Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis yang lain bermaksud :
"Jangan banyak bicara selain zikir kepada Allah SWT kerana banyak bicara selain zikrullah menyebabkan hati keras dan sejauh-jauh manusia dari Allah ialah yang berhati keras." (HR. Tarmizi).
13. Sentiasa Menerima Peringatan Dan Arahan Allah SWT Dengan Hati Yang Terbuka Tanpa Ragu-ragu.
Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa, ayat 69:
وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًا
Ertinya:
“Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul-(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu: Nabi-nabi, para sidiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.” (Surah an-Nisa' : 69).
Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
"Apabila kamu merasa gembira setelah melakukan kebaikan dan merasa berdukacita setelah melakukan keburukan, maka itu tandanya kamu beriman". (HR. Muslim).
14. Sentiasa Berdoa Agar Dikurniakan Isteri Dan Anak-anak Yang Dapat Menyenangkan Hati.
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah SWT dan Rasul-Nya serta setia kepada suami yang soleh.
Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa, ayat 34:
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ.
Ertinya:
"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka).…” (QS. An-Nisa’ : 34)
Orang mukmin sentiasa berdoa semoga mendapat anak yang sholeh dan sholehah.
Firman Allah SWT dalam Surah As-Saaffat, ayat 100:
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
Ertinya:
"Wahai Tuhanku , anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang yang soleh." (QS. Ash-Shaffat :100)
15. Sentiasa Berdoa Agar Menjadi Pemimpin Bagi Orang-orang Yang Bertakwa.
Di dalam ayat yang lain Allah SWT menjelaskan sifat orang bertakwa dalam firman-Nya Surah Ali-Imran, ayat 16:
الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya:
"(Iaitu) orang-orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,"
(QS. Ali-Imran, ayat 16).
Apakah balasan yang akan Allah SWT berikan kepada Ibadur Rahman??
Allah SWT menjanjikan balasan syurga dan memberikan martabat yang tinggi kerana kesabaran mereka melakukan ketaatan kepada Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya dan berakhlak dengan akhlak yang mulia semasa hidup di dunia.
Dan Allah SWT juga akan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (dengan) syurga.
Oleh itu marilah sama-sama kita mendidik diri kita supaya melayakkan diri kita menjadi Ibadur Rahman (hamba Allah yang di rahmati) yang dimuliakan dan mampu memenuhi 15 sifat-sifat seperti yang tersebut diatas.
Sentiasalah kita berdoa dan istiqamah di atas jalan Islam hingga mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT di dunia dan di akhirat.
Ya Allah jadikan kami hamba-Mu yang di kasihi, jauhkan kami dari melakukan perbuatan yang menyebabkan kemurkaan-Mu. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).
Catatan:
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
Sila KONGSIKAN Dengan Sesama SAUDARA KITA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!
Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
http://www.facebook.com:
USM - Sihabuddin Muhaemin.
TERIMA KASIH.
(Shah Alam, Isnin 15 Rejab 1436 H).
EmoticonEmoticon