9 PERKARA YANG PERLU DI FAHAMI BERKAIT DENGAN AMAL SHOLEH.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.   
(Shah Alam, Ahad 3 Mei 2015).
 
9 PERKARA YANG PERLU DI FAHAMI BERKAIT DENGAN AMAL SHOLEH.

Kita selalu mendengar dan menyebut perkataan AMAL SHOLEH. Apakah itu amal sholeh.?? Pada TAZKIRAH hari ini, USM ingin membincangkan sedikit tentang  amal sholeh dan yang berkaitan dengan hal tersebut. 

Adapun perkara yang perlu difahami oleh umat Islam berkaitan dengan amal sholeh adalah sebagai berikut:

1. MAKNA AMAL SHOLEH.

Menurut erti bahasa amal berasal dari bahasa Arab ertinya perbuatan atau tindakan, sedangkan Sholeh artinya yang baik, elok atau yang patut.

Amal sholeh menurut istilah adalah amalan atau perbuatan baik yang memberikan manfaat kepada si pelakunya di dunia, dan balasan pahala daripada Allah SWT nanti di akhirat.

Menurut istilah yang lain, amal sholeh berarti perbuatan yang dilakukan dengan bersungguh- sungguh dalam menjalankan amal ibadah ataupun menunaikan kewajiban agama yang dilakukan dalam bentuk perbuatan baik terhadap diri sendiri atau sesama manusia.

Definasi Amal sholeh yang lain ialah segala bentuk perbuatan baik yang mendatangkan manfaat untuk diri sendiri, keluarga, bangsa, dan manusia seluruhnya, baik berupa perbuatan, ucapan, maupun sikap, bahkan meninggalkan perbuatan yang dilarang Allah SWT, itu pun termasuk amalan sholeh.

     Dalam al-Qur’an banyak dijumpai perkataan 'amal dengan berbagai bentuknya iaitu: 

A. ‘Amila, (عمل)
B. A’mala, (أعمل)
C. Ta’malun, (تعملون) 
D. Ya’malun, (يعملون)
E. ‘Aamilun, (عاملون)
F. ‘Amalus-shalihat, (اعمل الصالحات)
G. ‘Amalus-sayyi’at (اعمل السيأت). 

2. DALIL BERAMAL SHOLEH.  

Banyak dalil dalam al-Qur’an untuk melakukan amalan sholeh, salah satu diantaranya disebutkan dalam firman Allah SWT dalam al-Qur’an surah Al 'Ashr ayat 1-3: 

وَالْعَصر(1 ) إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْر(2) إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْر( 3 )ِ
Ertinya:
1. Demi masa.
2. Sesungguhnya semua manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,
3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal sholeh dan saling nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran. ( QS. Al- 'Ashr ayat 1-3). 

3. BENTUK AMAL SHOLEH.

Manusia yang hidup pada zaman sebelum Islam (jahiliyah) mempunyai anggapan bahwa kekayaan, keturunan, kedudukan, dan bermacam-macam kelebihan duniawi lainnya merupakan faktor yang akan menentukan keadaan seseorang dalam hidupnya.

Ketika Agama islam datang, ia membawa satu ajaran (dokrin) bahwa keturunan, pangkat, kedudukan yang tinggi, dan kekayaan yang banyak , semuanya itu tidak mendatangkan keuntungan apapun, terutama untuk kehidupan di akhirat kelak. 

Satu-satunya perkara yang memberikan faedah di akhirat kelak ialah amal sholeh, yakni perbuatan baik yang dilakukannya ketika hidup di dunia.

Secara umumnya, amalan itu terbagi dua, iaitu:

A. Amal sholeh (amalan yang baik) 
B. Amal sayyi’ah (amalan yang buruk). 

4. NILAI POSITIF DARI AMALAN SHOLEH. 

Dalam Al-Qur’an, banyak dihuraikan hasil dari amal sholeh yang dilakukan, baik didunia maupun diakhirat kelak diantara kebaikan amal sholeh iaitu:

a. Akan di berikan  rezeki yang baik ( QS. al-Hajj : 50);

b. Dimuliakan Allah SWT dengan derajat yang tinggi ( QS. Thaha : 75)

c. Di berikan Allah SWT berupa keberuntungan (al-Qasas : 67);

d. Akan diberikan  keadilan oleh Allah SWT (QS. Yunus : 4)

e. keluar dari kegelapan ( QS. at-Talaq/65:11);

f.  Akan di berikan Rahmat dan cinta Allah SWT( QS. al-Jasiyah : 30);

g. Akan di hilang perasaan takut yang berlebihan ( QS. Taha :112);

h. Mendapatkan Pahala yang banyak disisi Allah SWT  (QS. Ali ‘Imran :57);

i.  Akan mendapatkan ampunan Allah SWT ( QS. Fathir : 7);

J. Di masukkan Allah SWT ke dalam syurga ( QS. al-Mu’minun :40).


5. KELEBIHAN PRIBADI YANG BERAMAL SHOLEH:

Adapun nilai positif bagi peribadi yang melakukan amalan sholeh diantaranya adalah:

A. Menentramkan hati dan mendamaikan jiwa.
B. Berbagi kebahagiaan kepada orang lain.
C. Membina pribadi yang berkualiti.
D. Memberikan rasa tentram kepada orang lain.
E. Membela kebenaran dan keadilan.
F.  Menumbuhkan kerendahan hati.
G. Membentengi manusia  dari perbuatan dosa.

6. LANGKAH UNTUK MEMULAKAN  AMAL SHOLEH. 

     Setiap amalan sholeh, harus didasari dengan niat yang suci dan ikhlas. Jangan sampai seorang yang beramal sholeh memiliki niat yang salah, (ada udang dibalik batu). Misalnya, mengharap kedudukan, pujian, atau keuntungan yang lainnya selain daripada Allah SWT.

Berusaha atau beramal sholeh, pada umumnya tidak memandang  ruang dan waktu serta tidak hanya pada saat yang lapang sahaja. 

Tapinia boleh di lakukan dalam situasi apa pun, kita tidak boleh mensia-siakan untuk beramal atau berusaha. Walaupun hasil amalan itu belum nampak sekarang, hal itu tidak boleh menjadikan kita malas untuk beramal sholeh.

7. CARA UNTUK MEMBIASAKAN DIRI BERAMAL SHOLEH :

A. Dengan menyedari dan memahami bahawa manfaat amal sholeh itu baik untuk diri sendiri atau untuk orang lain, 

B. Dengan menyedari bahwa amal sholeh itu dapat mencegah manusia dari perbuatan kemungkaran untuk diri sendiri dan orang lain.

8. SYARAT DI TERIMANYA AMALAN SHOLEH.  

Agar amalan sholeh kita diterima oleh Allah SWT ianya memerlukan 3 syarat  tertentu iaitu :

1. Amal sholeh dilakukan dengan mengetahui ilmunya
2. Amal sholeh itu dikerjakan dengan niat ikhlas karena Allah.
3. Amal sholeh itu hendaknya dilakukan sesuai dengan  petunjuk syara' (Dalam Al-Quran dan Hadist).

9. JENIS AMALAN SHOLEH.

Jenis amalan sholeh dalam Islam begitu banyak namun secara garis besarnya ada  3 bentuk amalan sholeh:

A. Amalan sholeh yang berkaitan dengan akidah iaitu rukun iman.
B. Amalan sholeh yang berkaitan dengan syariah iaitu rukun islam
C. Amalan sholeh yang berkaitan dengan akhlak/ihsan seperti :
-sabar ketika ditimpa musibahsyukur ketika mendapatkan nikmat.
-ikhlas beramal dan 
-suka menolong. 
-adil dan jujur.
-bersungguh-sungguh dalam belajar, bekerja dan
-pemaaf,
-sederhana
-menghindari perbuatan tercela. Dan lain sebagainya. 

Ya Allah terimalah amal ibadah kami sebagai amal sholeh untuk kami sebagai bekal dan modal kami untuk menghadap-Mu di akhirat nanti. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam. 
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat. 
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN. 
Sila KONGSIKAN Dengan Sesama SAUDARA  KITA. 
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan. 
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988). 
Atau layari laman facebook:
http://www.facebook.com:
USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH.  
(Shah Alam, Ahad 14 Rejab 1436 H).