Berselawatlah Ke Atas Rasulullah SAW

InsyaAllah..pakat amalkan..
-----------------------------------------------------------------
Tok ayoh baca dalam kitab Mukasyafatul Qulub oleh Imam Ghazali cerita bab selawat ni :

Ada seorang yg masyhur namanya Sufian Suri,sedang ia tawaf di kaabah,ada seorang pemuda ditepinya yang mana setiap langkah tawafnya disertai dengan selawat kepada Rasulullah,Sufian Suri memerhatikan pemuda tersebut,lalu ia bertanya kepada pemuda tsebut,

"Kenapa saya dengar daripada tadi lagi awak berselawat kepada Rasulullah,sedangkan Nabi SAW dah tinggalkan doa2 mathurat dalam setiap tawaf yang dikeliling sbnyk 7 kali tu".

Lalu pemuda itu bertanya,"Tuan ini siapa?",

Jawab sufian suri,"Saya sufian suri"..

Jawab pemuda " Ya Allah,nama ni memang saya kenal sangat,tapi ini kali pertama saya tengok rupa sufian suri.Tuan Sufian Suri,saya nak ceritakan kenapa saya berselawat disetiap langkahan tawaf saya ni.

Tahun lepas,saya datang mengerjakan ibadat haji dgn ayah saya.Apabila smpai disini,ayah saya sakit dan saya pangku kepala ayah saya dipeha saya sambil2 bdoa supaya ayah saya sihat namun keadaan ayah saya mkin teruk dan nazak akhirnya meninggal dunia dan serta merta muka ayah sy bertukar mjadi hitam dan saya ambil kain mnutupi muka ayah saya smbil istighfar smbil berdoa ampunilah dosa ayahku.

Dalam keadaan saya istighfar,saya terlena dan dalam tidur saya,saya ternampak seorang yang rupawan,wajah berseri2 duduk ditepi saya dan selak kain yang menutupi ayah dan menyapu 3x ke muka ayah saya dan tiba2 btukar mnjadi muka yang bseri2,lalu org tadi mnutup kmbali kain yg mnutupi muka ayah sy dan ingin berundur diri dan saya bpaut di betisnya dan bertanya,tuan ni siapa?,maka orang itu bkata,

"Sayalah Rasulullah,Rasulullah bertanya,awak nk tau kenapa ayah awk mukanya hitam?sbnrny ayah awk sorg yg fasiq minum arak,berjudi kecuali satu sahaja,lidahnya sntiasa basah berselawat kepadaku"..

Selepas dari tu,saya tsedar dari tidur dan saya mbuka kain yang menutupi muka ayah sy dan muka ayh sy talah btukar kpd bseri.. sejak dari tu,sy tidak lupa untuk berselawat kpd Rasulullah..

Maka berkata Sufian Suri,"awk telah mendapat ijazah besar dari Rasulullah sendiri,oleh itu,sy tidak akan tegur ap yg awk buat dan apa yg awk bca,tpulanglah kpd awk.."

PS : Budayakanlah berselawat ke atas Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian kita :

“Barang siapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.”

(Hadis riwayat Muslim)

- Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala aali Sayyidina Muhammad -