السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.
(Shah Alam, Ahad 12 April 2015).
14 CIRI SAHABAT SEJATI MENURUT PANDANGAN ISLAM.
Allah SWT menciptakan manusia sebagai makhluk sosial yang hidup secara berkelompok untuk berkomunikasi dengan sesama manusia yang lain. Secara normalnya, manusia tidak akan mampu hidup berseorangan sepanjang hayatnya. Pasti ianya memerlukan orang lain untuk dijadikan teman atau sahabat dalam hidupnya.
Dalam menjalinkan persahabatan, Islam mengatur bagai mana etika bersahabat dalam sesuai mengikut syariat Islam.
Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang bermaksud:
“Sebaik baik sahabat disisi Allah SWT ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah SWT ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (HR. al-Hakim)
‘Teman yang terbaik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah SWT, apabila mendengar kata-katanya akan menambahkan ilmu agamamu, melihat gerak-gerinya, kamu teringat akan kematian..’
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan mampu hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari dari berteman dan berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang.
Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal dalam kehidupan manusia.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai suku bangsa, warna kulit dan bahasa yang berbeza, ianya adalah untuk menjadikan manusia di sekitar kita sebagai teman dan sahabat dalam hidup kita.
Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Ertinya:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".
Memilih kawan dalam Islam merupakan faktor amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi kedukaan dan kesedihan bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang hanya nampak muka semasa kita senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata seorang sahabat boleh menentukan corak dan gaya hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat, kita akan merana dan menerima akibatnya di dunia dan di akhirat.
Rasululah saw bersabda dalam satu riwayat hadith yang bermaksud:
“ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (HR. Abu Daud).
Oleh kerana itu, Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik untuk dijadikan teman dalam hidup kita menurut pandangan Islam ?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang memiliki 14 sifat, seperti berikut:
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau merapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan bersedia membantu kamu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupinya san menasihati kamu.
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan berusaha untuk membantu kamu.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan berusaha untuk merealisasikan rancangan kamu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih suka mengalah demi menjaga kepentingan persahabatan.
13. Dia sentiasa membantumu dalam menunaikan tanggungjawab kamu serta melarang melakukan perkara buruk dan dosa serta maksiat kepada Allah SWT.
14. Dia sentiasa mendorongmu mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
Oleh kerana itu wahai saudara ku sekalian, berhati-hatilah jika hendak memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia dan boleh menghantarkan kita jalan menuju syurga Allah SWT tetapi kerana kawan juga ianya boleh menyusahkan kita dan menjerumuskan kita kedalam azab api neraka jahanam.
Oleh karena itu berhati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat yang tidak membawa kebaikan dalam hidup kita san agama kita seperti sahabat di bawah ini:
A. sahabat Yang Tamak Haloba.
Iaitu sahabat yang sangat tamak kepada kamu, ia hanya memberi sedikit kepada sahabatnya dan meminta yang banyak dari sahabatnya, dan ia hanya mementingkan dirinya sendiri tanpa memikirkan hal orang lain.
B. Sahabat Yang hipokrit:
ia menyatakan bersahabat hanya berkenaan dengan hal-hal masa lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati sahabatnya dengan kata-kata kosong; dan jika diminta untuk membantu, ia menyatakan tidak sanggup untuk membantu sahabatnya.
C. Sahabat Yang Suka Mengampu:
Dia hanya setuju dengan semua yang kamu lakukan sahabatnya, tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal, dan tidak berani untuk menjelaskan kebenaran di hadapanmu, ia hanya memuji dirimu, tetapi di belakangmu ia suka mwnghina dan merendahkan dirimu.
D. Sahabat Yang Pemboros Dan Suka Hiburan:
ia hanya menjadi sahabat dan suka menjadi kawanmu jika kamu suka pesta san berhibur , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan, sedangkan yang lainnya dia tidak suka .
Hati-hatilah wahai sahabatku sekalian dalam memilih kawan, kerana kawan itu boleh menjadi cermin terhadap peribadi seseorang. Walau apapun berkawanlah dengan sesiapapun orangnya kerana Allah SWT untuk mencari redha-NYA. Mudah-Mudahan Allah SWT akan mempertemukan kita dengan sahabat sejati di dunia hingga akhirat. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).
Catatan:
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
Sila KONGSIKAN Dengan Sesama SAUDARA KITA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!
Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
http://www.facebook.com:
USM - Sihabuddin Muhaemin.
TERIMA KASIH.
(Shah Alam, Ahad 22 Jamadil Akhir 1436 H). I
EmoticonEmoticon