السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.
(Shah Alam, Selasa 21 April 2015).
6 KONSEP ILMU MENURUT AKIDAH AHLI AS-SUNNAH WAL-JAMAAH MENGIKUT MANHAJ SALAF AS-SOLEH.
Mohon Maaf di atas keterlambatan menghantar Tazkirah.
Setiap manusia dianugerahkan oleh Allah SWT berupa ilmu dan pengetahuan. Namun demikian Keadaan ilmu (pengetahuan) seseorang manusia ada beberapa peringkat:
Pertama: Seseorang yang berilmu pengetahuan secara pasti terhadap sesuatu sesuai dengan hakikatnya.
Kedua: Seseorang yang dianggap jahil tetapi jahil yang basit (al-Jahlul Basit), iaitu tidak diketahuinya sesuatu secara keseluruhan.
Ketiga: Seseorang yang dianggap jahil murakkab (Al-Jahlul Murakkab) iaitu berpengetahuan terhadap sesuatu perkara yang berlawanan dengan hakikat sebenarnya dari sesuatu itu.
Keempat: Seseorang yang waham (tidak pasti), iaitu pengetahuannya terhadap sesuatu yang dimungkinkan berlawanan dengan hakikat.
Kelima: Seseorang yang merasa syak, iaitu pengetahuannya terhadap sesuatu hanya didasari syak-syak yang berkemungkinan berlawanan dengan yang hak.
Keenam: Seseorang yang zan (berperasangka) terhadap sesuatu yang besar kemungkinan ilmunya bertentangan dengan hakikat.
Ilmu untuk mengetahui makna dua kalimah syahadah dengan dimensinya menjadi syarat kepada kalimah tauhid itu sendiri.
Penafian dan penetapan dijadikan rukun kerana hanya dengan panduan ilmu dapat dilaksanakan segala tuntutan rukun serta syarat-syarat kalimah tauhid ini dengan sempurna.
Melalui ilmu, seorang mukmin dapat memahami semua syarat-yarat kalimah tauhid serta dua rukunnya yang berupa penafian dan pengithbatan yang wajib diketahui oleh setiap mukmin.
Adapun rukun kalimah tauhid yang telah ditetapkan dan disepakati oleh sekalian ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah ialah:
Rukun Pertama Penafian:
Penafian(نَفْيٌ) dalam kalimah tauhid (لا اله الا الله) ialah terdapat pada huruf "Laa" (لا) yang dikenali sebagai huruf "nafyun", ini bermakna bahawa kalimah(لااله) : memberi maksud: "Menafikan adanya tuhan atau menafikan semua sembahan yang berhak diibadahi selain Allah".
Rukun Kedua Ithbat:
Mengithbatkan dengan huruf (اِلاَّ) yang dikenali sebagai huruf "istisna". Ini bermakna bahawa kalimah(الا الله) yang terdapat huruf "istisna" di dalamnya telah mengecualikan untuk mengithbatkan bahawa "Hanya Allah sebagai Tuhan yang berhak disembah atau menetapkan hak uluhiyah hanya bagi Allah semata".
Dengan kaedah lain bahawa kalimah ini dapat dirumuskan, iaitu:
Pertama: Penafian(لا اله) "Menafikan adanya tuhan" yang mana kalimah ini ditafsirkan oleh ulama tafsir dan ulama tauhid sebagai(لامعبود بحق) "Tidak ada tuhan yang berhak diibadahi/disembah". Dan rukun yang kedua sebagai penyempurna.
Kedua: Pengithbatan(الا الله) "Mengithbatkan hanya ketuhanan Allah". Iaitu mengithbatkan (اثبات), menentukan atau menetapkan bahawa: "Hanya Allah Yang Esa sahaja Tuhan yang berhak disembah (diibadahi) dengan menafikan selainNya".
Adapun dalil wajibnya berilmu tentang kalimah tauhid ini ialah firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala:
فَاعْلَمْ اَنَّهُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ.
"Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada tuhan (yang hak) melainkan Allah". (QSM Muhammad :19)
Amat jelas bahawa lafaz suruhan atau perintah "ketahuilah" di ayat ini menunjukkan suruhan yang wajib. Iaitu wajib mengetahui dan memahami kalimah tauhid melalui ilmu.
Syarat untuk masuk ke syurga ialah tauhid atau muwahhid(موحد) "Mengesakan Allah". Ini akan menjadi kenyataan dengan berilmu atau berpengetahuan tentang kalimah tauhid (لاَاِلَهَ اِلاَّ اللهُ).
Ilmu atau pengetahuan tentang kalimah ini akan menyempurnakan, menguatkan dan meyakinkan pegangan tauhid seseorang, ini perlu dikekalkan sehinggalah ia mati.
Oleh kerana setiap mukmin wajib mentaati, menyembah dan beribadah hanya kepada Allah Azza wa-Jalla sahaja yang tidak boleh disekutukan dengan yang lain, maka wajib bagi setiap mukmin mengenal (mengetahui) makna, maksud dan erti sebenar kalimah Ilah yang terdapat di dalam kalimah tauhid.
Adapun sebab wajibnya memahami kalimah tauhid dan juga maksud kalimah Ilah yang terdapat di dalam kalimah tauhid, ialah untuk memenuhi perintah Allah SWT yang berupa peringatan yang tegas sebagaimana yang terdapat di dalam firmanNya:
فَاعْلَمْ اَنَّهُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ.
"Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada tuhan melainkan Allah". (Muhammad ayat :19).
Maksud (فَاعْلَمْ) : "Ketahuilah!" di ayat ini ialah mengetahui yang hak iaitu tauhid sebagaimana firman Allah:
اِلاَّ مَنْ شَهِدَ بِالْحَقِّ وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ.
"Tetapi orang yang mengetahui yang hak (tauhid) dan mereka meyakini(nya)". (Az-Zukhruf ayat :86).
Ya Allah mantapkanlah pegangan tauhid kami, Jquhkq diri kami dari tauhid yang akan memesongkan kami. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).
Catatan:
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
Sila KONGSIKAN Dengan Sesama SAUDARA KITA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!
Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
http://www.facebook.com:
USM - Sihabuddin Muhaemin.
TERIMA KASIH.
(Shah Alam, Selasa 2 Rejab 1436 H).
EmoticonEmoticon