السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.
(Shah Alam, Khamis 30 April 2015).
8 MAKNA FITNAH DALAM KONTEKS KEHIDUPAN.
Kehidupan di akhir zaman seperti sekarang ini banyak sekali berlakunyanya fitnah di sana sini dalam semua aspek kehidupan. Bermula dari fitnah yang dilakukan oleh para pemimpin, semua sistem dalam kehidupan sarat dengan fitnah seperti sistem Ekonomi, politik, undang - undang, sistem kemasyarakatan dan lain sebagainya.
Apakah itu FITNAH ??? Kata "fitnah" berasal daripada bahasa Arab, yang bermakna Cobaan, ujian, atau dugaan.
Fitnah menurut istilah adalah komunikasi yang ditujukan kepada seseorang atau lebih yang bertujuan untuk memberikan tanggapan yang negatif kepada sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh seseorang atau pihak lain berdasarkan pada fakta palsu.
Fitnah Itu bertujuan untuk menjatuhkan, memburukkan atau mempengaruhi, wibawa, atau reputasi seseorang dalqm perkara yang negatif.
Imam Abu Laits As Samarqandi menyatakan: "Tidak ada perbuatan jahat lebih besar daripada perbuatan fitnah".
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujraat, ayat 6:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Ertinya:
"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti terlebih dahulu, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (QS. al-Hujurat : 6).
Dalam ayat di atas Islam menekankan cara untuk lebih teliti dan berhati-hati bagi memastikan kebenaran sesuatu berita yang disebarkan supaya manusia keseluruhannya tidak terperangkap dengan berita yang berunsur fitnah.
Dalam hadis Rasulullah SAW daripada Abi Hurairah di atas menerangkan secara jelas tentang pengertian fitnah:
"Tahukah kamu apakah fitnah?" Sahabat berkata: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Baginda bersabda: "Memfitnah adalah mengatakan sesuatu mengenai saudara (Muslim) ketika tiada yang dia tidak suka." Ditanya: "Wahai Rasulullah, jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri seorang Muslim, maka apa yang harus kami katakan?" Baginda menjawab: "Jika apa yang dikatakan itu benar, maka itu adalah mengumpat." (HR. Muslim).
Saidatina Aisyah juga pernah difitnah orang yang hasad dengki dan anti- Islam. Saidatina Aisyah di tuduh berdua-duaan dengan sahabat bernama Safuan Al-Mu'attal As-Sulami Az-Zakwani. Cerita sebenarnya isteri Rasulullah `tertinggal' (daripada pasukan tentera sedang berjalan) kerana leka mencari kalung yang tercicir.
Apabila menyedari Saidatina Aisyah keseorangan, Safuan (yang ditugaskan mengawal di belakang kumpulan kaum Muslimin) menumpangkan isteri Rasulullah SAW itu di belakang untanya sementara dia sendiri memimpin untanya sehinggakan mereka berjaya mendapatkan semula tentera yang berhenti rehat kerana cuaca panas terik. Mereka juga tidak bercakap sepanjang perjalanan itu.
Cerita ini disebarkan oleh seorang munafik bsenama Abdullah bin Ubay bin Salul yang berhati busuk dan bersikap hasad dengki.
Namun, semua ini dihadapi Rasulullah SAW dengan sikap sabar dan tabah sesuai dengan taraf Baginda sebagai Rasul yang mendapat gelaran ulul`azmi.
Dari cerita di atas dapat di fahami bahawa Sesungguhnya fitnah adalah perbuatan khianat yang dibenci Allah SWT kerana mengatakan sesuatu tidak benar yang boleh memporak-perandakan, bangsa dan negara, masyarakat, rumah tangga, bahkan agama sekalipun, yang akan mencetuskan perbalahan dan mencemarkan dan menjatuhkan maruah seseorang.
Fitnah pada hari ini bukan sahaja tersebar melalui lisan, bahkan keadaannya lebih meluas iaitu melalui media massa dan media sosial serta internet. Dalam sekelip masa, fitnah boleh tersebar ke seluruh dunia dengan begitu mudah dan pantas.
Dalam sekelip mata juga kita dapat melihat seorang pemimpin yang handal boleh jatuh, rumah tangga bahagia bergoncang dan berkecai atau orang berwatak baik boleh tercemar maruahnya semuanya adalah angkara fitnah.
Maksud dan pengertian fitnah jika dibincangkan panjang lebar dalam al-Qur'an dan hadis menurut konteks kehidupan di zaman sekarang ini, diantaranya adalah seperti berikut:
1. Fitnah bermakna: Tuduhan/Tudingan.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Anfal, ayat 39:
وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ فَإِنِ انتَهَوْا فَإِنَّ اللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Ertinya:
Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari kekafiran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan". (QS. Al-Anfaal 39).
2. Fitnah Bermakna Kebinasaan/ Kerosakan.
Allah SWT berfirman dalam Surah At-Taubah, ayat 49:
وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ ائْذَن لِّي وَلَا تَفْتِنِّي أَلَا فِي الْفِتْنَةِ سَقَطُوا وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحِيطَةٌ بِالْكَافِرِينَ
Di antara mereka ada orang yang berkata: "Berilah saya keizinan (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus dalam fitnah". Ketahuilah bahwa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir. (QA. At-Taubah : 49).
Dalam ayat ini kaum munafik di masa Nabi SAW enggan menyertai peperangangan kerana menganggap ianya adalah suatu kebinasaan (fitnah). Padahal sesungguhnya mereka telahpun berada dalam kebinasaan dengan sifat munafik. Iaitu kebinasaan diri mereka di akhirat kelak dengan balasan neraka yang paling bawah.
3. Fitnah Bermakna Kezaliman
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Mumtahanah, ayat 5:
رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Ertinya:
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". (QS. Al-Mumtahanah : 5).
4. Fitnah Bermakna Gangguan/Provokasi.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ankabut, ayat 10:
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ فَإِذَا أُوذِيَ فِي اللَّهِ جَعَلَ فِتْنَةَ النَّاسِ كَعَذَابِ اللَّهِ وَلَئِن جَاءَ نَصْرٌ مِّن رَّبِّكَ لَيَقُولُنَّ إِنَّا كُنَّا مَعَكُمْ أَوَلَيْسَ اللَّهُ بِأَعْلَمَ بِمَا فِي صُدُورِ الْعَالَمِينَ
Ertinya:
"Dan di antara manusia ada orang yang berkata: "Kami beriman kepada Allah", maka apabila ia disakiti (karena ia beriman) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah. Dan sungguh jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami adalah besertamu". Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia".
(QS. Al-Ankabut : 10).
Dalam ayat ini, kata fitnah membawa maksud ganguan. Inilah sifat manusia yang menganggap ujian Allah SWT dalam bentuk gangguan yang dilakukan oleh manusia sebagai azab yang menyeksakan.
5. Fitnah Bermakna Kufur/kafir.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 217:
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ وَصَدٌّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِندَ اللَّهِ وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْل.َ
Ertinya:
"Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: "Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidilharam dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah itu lebih besar (dosanya) dari pada membunuh..” (QS. Al-Baqarah: 217)
Firman Allah SWT dalam ayat yang laian dalam Surah Al-Baqarah, ayat 193:
وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ فَإِنِ انتَهَوْا فَلَا عُدْوَانَ إِلَّا عَلَى الظَّالِمِينَ
Ertinya:
“Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim” (QS. Al Baqarah: 193).
Kata fitnah dalam ayat ini menurut para ulama tafsir adalah bermaksud untuk memerangi ‘kekafiran’ atau ‘kemusyrikan’. Iaitu pada mereka yang suka menyebarkan kekafiran.
6. Fitnah Bermakna Bencana/ Musibah.
Dalam hadis riwayat Abu Hurairah RA mengkhabarkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا خَطَبَ إِلَيْكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ دِيْنَهُ وَخُلُقَهُ فَزَوِّجُوْهُ، إِلاَّ تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي اْلأَرْضِ وَفَسَادٌ عَرِيْضٌ
Ertinya:
“Apabila datang (meminang) kepada kamu seorang pemuda yang kamu sukai agama dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dia dengan anak perempuan mu. Dikhuatiri akan terjadi fitnah (bencana) dan kerosakan yang besar di muka bumi.” (HR. At-Tirmidzi dan Ahmad).
Perkataan fitnah dalah hadis ini memberikan maksud bencana atau musibah yang akan berlaku sekiranya perkahwinan ditangguhkan. Ini kerana syarat pemuda soleh itu adalah sebaik-baik pilihan untuk dijadikan suami kepada anak-anak perempuan kita.
7. Fitnah Bermakna Konflik/Permasalahan.
Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran, ayat 7:
هُوَ الَّذِي أَنزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُّحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ
Ertinya:
“Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Qur’an) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi Al qur’an dan yang lain (ayat-ayat) mu-tasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta’wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta’wilnya melainkan Allah…”(QS. Ali Imran: 7).
Makna kepada ayat di atas, dengan jelas menyebutkan perkatan fitnah. Ia bermaksud menimbulkan konflik dan kekeliruan dalam masyarakat. Ianya juga disebut sebagai Propaganda.
8. Fitnah Bermakna Tipu Daya / Dusta.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ana'am, ayat 23:
ثُمَّ لَمْ تَكُن فِتْنَتُهُمْ إِلَّا أَن قَالُوا وَاللَّهِ رَبِّنَا مَا كُنَّا مُشْرِكِينَ
Ertinya:
“Kemudian tiadalah fitnah mereka, kecuali mengatakan: “Demi Allah, Tuhan kami, tiadalah kami mempersekutukan Allah” (Al An’am: 23)
Fitnah yang dimaksud dalam ayat di atas adalah ucapan tipu daya dan dusta, untuk membela diri mereka di hadapan Allah SWT. Padahal Allah SWT Maha mengetahui hakikat sebenarnya mereka, dan apa yang tersembunyi dalam hati mereka.
Jelaslah kepada kita bahawa perkataan fitnah yang disebutkan dalam al-Qur'an atau hadith, secara umumnya adalah merujuk kepada tindakan yang negatif, bersikap jahat serta perbuatan berdosa.
Sekalipun kefahaman tentang makna fitnah ini adalah berbeza-beza namun hakikatnya ianya merujuk kepada satu perbuatan yang sama, bahawa fitnah akan membawa manusia kepada azab seksa api Neraka Allah SWT.
Ya Allah lindungi kami dari fitnah kehidupan dan kematian, serta fitnah dunia dan akhirat serta himpunkan kami ya Allah beserta dengan golojgan hamba-hamba-Mu yang beriman dan sholihin. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).
Catatan:
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
Sila KONGSIKAN Dengan Sesama SAUDARA KITA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!
Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
http://www.facebook.com:
USM - Sihabuddin Muhaemin.
TERIMA KASIH.
(Shah Alam, Khamis 11 Rejab 1436 H).
2 comments
Write commentsAdakah cerita berkenaan kebaikan seseorang yang diceritakan oleh orang lain sedangkan cerita itu tidak benar juga dianggap sebagai fitnah?
ReplyAdakah cerita berkenaan kebaikan seseorang yang diceritakan oleh orang lain sedangkan cerita berkenaan tidak benar jugs dianggap sebagai fitnah?
ReplyEmoticonEmoticon